Followers

Saturday, February 9, 2013

Bila teringat........

  

                                                                     


    Sudah menjadi lumrah kehidupan, daya ingatan kita seringkali akan tampil dengan pelbagai perkara dari hal-hal keduniaan sampailah keakhirat.Ingatan terhadap ahli-ahli keluarga akan berpindah kepada rakan,sahabat handai,para pemimpin,alim ulama dan sampailah kepada alam sekitar,langit dan bumi.

 Dan yang paling utama selalu sahaja muncul ingatan terhadap kewujudan dan kekuasaan Allah, tentang nasib diri dan hubungan kekeluargaan Sebagai manusia biasa aku juga seringkali di buru pelbagai ingatan

.Inilah yang mengajar dan mendidik mindaku supaya menjadi sensitif apabila datangnya sesuatu ingatan baik secara langsung atau pun tidak.

 Sudah begitu acapkali apabila ingatan yang datang tidak aku hiraukan dan akhirnya ia membawa penyesalan dan marah pada diri sendiri..!Sebagai contohnya di sini aku senaraikan beberapa ingatan yang aku kira telah mengubah persepsi dan tindakan diri ku.:

 1.Sudah beberapa tahun bapa saudara isteriku mengalami penyakit jantung dan beliau sentiasa mendapatkan rawatan dan ubatan samada dari klinik atau hospital. Kami sering menziarahinya dan sekali sekala menikmati sarapan atau minuman petang bersama. Meskipun jarak rumah beliau adalah 60 kilometer dari rumah kami,itu tidak menjadi halangan. Satu ketika, pada suatu hari Sabtu aku teringat untuk menziarahinya tetapi isteriku keberatan.Aku mendiamkan diri sahaja. Dua hari kemudian kami menerima panggilan telefon dan berita kematiannya dihospital daerah.Aku rasa terkilan lebih-lebih lagi isteriku yang memang manja dengan allahyarham.

 2. Ibu saudara isteriku tinggal di bandar sempadan Sungai Golok.Beliau amat rapat dan memang mesra dengan kami.Sudah sekali dua beliau dimasukkan ke wad hospital untuk menerima rawatan akibat mudah keletihan. Suatu petang, kami bertolak dari Kota Bharu untuk menziarinya dan bercadang untuk bermalam dirumahnya .Malangnya ketika singgah mengisi minyak,pam air mengalami kebocoran dan air mengalir keluar.Kami membatalkan hasrat untuk ke sana. Pada malam keesokannya kami dikejutkan dengan berita kematianya.Allah telah mejemputnya kembali kerahmatullah ..Kami terpingga-pingga mengingati detik-detik sedih yang baru kami lalui.

 3. Anak saudara sepupuku baru sahaja berpindah ke rumah barunya kira-kira 11 kilometer di pinggir bandar Kota Bharu.Aku bercita-cita hendak menziarahinya dan di samping itu ikut menziarahi ibu saudara sepupuku yang tinggal berhampiran.Beliau mengidap penyakit j jantuing.Hari nya belum aku tetapkan. Suatu pagi ketika kami bersiap-siap hendak ketempat kenduri kahwin.kami menerima berita kematian ibu saudara sepupuku itu.

     Rasanya dari contoh-contoh peristewa di atas aku mula percaya bahawa apabila ingatan terhadap seseorang dan keinginan untuk menziarahi seseorang ketika sakit wujud, ia tidak seharus lagi ditangguh malah perlu dipercepatkan !

   Pengalaman sudah banyak mengajar kami bahawa bila ada ingatan...itu tandanya detik-detik perpisahan yang bakal terjadi.

   Kami yakin Allah memberi kekuatan dan kemudahan untuk kami terus melakukan ziarah.

  Sebaiknya, bila teringat....Insyallah!