Followers

Friday, March 27, 2009

Ujian


Hari ini, 30hb .Hijriah RabiulAwal bersamaan 27hb.Mac 2009 adalah hari terakhir bagi bulan untuk perayaan Maulidul Rasul. Dikampungku,majlis seumpamanya di adakan tengah hari tadi selepas selesai menunaikan solat Jumaat. Para jamaah di jamu dengan nasi minyak .

Aku baru kelmarinnya pulang dari KL .Aku disana selama lima hari untuk menziarahi anak-anak,adik dan kakakku .Aku sempat ke Jalan Conlay mengunjungi Pameran Hari Kraf Kebangsaan 2009 di Komplek Kraf Kuala Lumpur yang berlangsung dari 19hb sehingga 30hb Mac.

Banyak hasil kraftangan yang dapat disaksikan.Kesemuanya sungguh menarik. Namun bila aku imbas kembali hasil kraftangan yang aku telah saksaikan di Bali dan di Bangkok, terasa yang hasil kraftangan kita masih tidak dapat menandingi kedua-duanya.


Dan seperti biasa,pada sebelah malamnya kami ke masjid..Sudah hampir seminggu kami ketinggalan dalam menghadiri kuliah-kuliah .Terasa amat bertuah dan bersyukur kami dapat meneruskan aktiviti seumpamanya setelah kembali,ke KB.

Kuliah yang diadakan selepas solat maghrib itu pun cukup berkesan.Antaranya ialah mengenai ujian-ujian yang akan terus diterima dan dihadapi oleh orang-orang mukmin.

Terdapat lima ujuan yang mesti dihadapi.

1. Ujian dari orang-orang mukmin sendiri.
2. Ujian dari ofang-orang munafik
3. Ujian dari orang-orang kafir
4. Ujian dari syaitan.
5. Ujian hawa nafsu.

Dan di saat-saat kita melihat perhimpunan-perhimpunan besar parti-parti politik serta perubahan-perubahn dan pertukaran pemimpin di akhir-akhir ini , aku kira ujian-ujian yang disenaraikan di atas tadi cukup relevan untuk dijadikan ukuran !

Dalam apa kesulitan yang kita hadapi,berdoalah ;

"Wahai Tuhanku,tidak ada kemudahan apa yang Engkau jadikan mudah dan Engkau berkuasa menjadikan kesulitan apabila Engkau kehendaki kemudahan"
Amin !