Melancong bersama seluiruh keluarga |
Dalam kehidupan keluarga suasana suka dan duka silih berganti. Kewujudannya tidak menentu.Ia boleh jadi lama dan mungkin saketika sahaja.
Apapun,suasana suka dan duka masing-masing mempunyai implikasinya.Suasana suka menceriakan keluarga manakala suasana duka boleh pula memecahbelahkan keluarga.
Menziarahi sahabat handai |
Itulah hakikat hidup.Kami sudah banyak kali menempuh kedua-dua suasana begini.Alhamdullillah, keluarga semakin utuh dan bersatu.Pengalaman-pengalaman yang lalu banyak mengajar dan memberi inspirasi kepada keluarga untuk terus berubah dan menambahbaikkan lagi kualiti hidup.
Sebagai manusia biasa,kami berjaya membina ikatan keluarga ,sememangnya secara sedarhana.
Membawa anak-anak ke zoo |
Rahsianya: Semuanya berkumpul dan bersatu dalam banyak hal dan urusan.
Ada ketikanya semua anak-anak membahagikan masa untuk bergilir--gilir menjaga ibu atau bapa yang sakit.Setiap orang mematuhi jadual dan peraturan yang disepakati bersama.
Ada ketikanya seluruh keluarga berkumpul dan menikmati makanan dan jamuan .Kemudian berbual-bual sampai larut malam.Kadangkala sampai pagi.
menziarahi keluarga tertua. |
Ada ketikanya, seluruh keluarga melancong bersama , menziarahi sanak saudara dan sahabat handai.Paling menarik ialah apabila adik beradik yang tinggal berjauhan bersetentang mata,berpelukan mesra ,kemudian makan bersama sambil bercerita kisah-kisah lama dari zaman kanak-kanak sehingga setelah menjadi dewasa.Selalunya banyak cerita yang lucu dan menghiburkan.
Anak-anak yang beruntung |
Yang paling beruntung bila suasana suka begini terjadi ialah anak-anak remaja dan anak anak kecil kerana mereka dapat ikut bersama menikmati acara-acara yang diatur,menikmati makan di luar dan memperolehi hadiah barangan cenderahati.
Ada ketikanya mereka ikut sama menyelami pelbagai perasaan keluarga,menjalin hubungan yang lebih intim dan aman.
Suasana riang bersama |
Ada ketikanya ,semasa keluarga berkumpul beginilah ,anak-anak akan memahami serta mempelajari erti kemanusiaan ,tradisi keluarga , kasih sayang dan kesetiaan !
Jikalah anak-anak kita seramai ini..... |
Sayangnya, diluar sana masih ramai remaja dan anak-anak dibiarkan,tanpa kasih sayang dan perhatian.
Ternyata,kepentingan untuk orang dewasa masih mengatasi kepentingan untuk anak-anak!