Followers

Thursday, June 4, 2009

Perjalanan yang jauh ke Kota Bangkok

Pada 6hb.Mac 2003 aku bersama dengan abang
dan dua adik perempuanku
memulakan perjalanan kami yang jauh
menuju ke Kota Bangkok yang terkenal sebagai
"Venice of the East"'


Berikut ialah catatan perjalanan itu:


5HB.Mac 2003. (Rabu)

Kami bertolak dari Sungai Golok ke Bangkok pada jam 3-00 petang dengan keretapi Royal Thai Railway .Keretapi sudah pun melepasi bandar Hadnyai ketika masuk waktu maghrib Kami mengambil tempat tidur. tapi anehnya ia hanya dibuka dan disiapkan semuanya menjelang malam.Jadi kami terpaksa duduk di kerusi sepanjang masa pada petang itu.

Oleh kerana sebahagian besar masa perjalanan adalah pada waktu malam,tidak ada apa-apa pemandangan yang dapat kami lihat di luar . Kami tidur selepas solat sambil duduk di tempat tidur masing-masing. Iklim dalam kereta api agak panas sedikit.


6hb.Mac.2003.(Khamis)

Kami berada di Segenting Kra pada waktu subuh dan sempat melihat suasana perkampungan dan pertanian di situ ..Perjalanan kami sudah pun memakan masa lebih 20jam..Ini memang membosankan .Akhir nya kami tiba di Bangkok hampir jam 3 petang.

Dengan menaiki 2 buah teksi,kami semua bergegas ke Hotel Baiyoke Suite,130 Rajprarop Road Bangkok..Semuanya dah terasa begitu kering kerana sejak bertolak kelmarin kami tidak dapat mandi.Selesai mandi,menukar pakaian dan mengambil minuman petang, kami keluar meninjau kawasan di sekitar Hotel Bayioke Suite.Ia adalah antara.Hotel tertinggi di Bangkok..
Sarapan pagi di tingkat 13,Hotel Baiyoke,Bangkok

Selapas makan malam,kami mendaftar dengan sebuah agensi pelancongan yang dimiliki oleh Mrs Kumar untuk program pelancongan k
eesokan harinya. Mrs Kumar mencadangkan supaya kami menonton sebuah "Cultural Show " di hotel Asia Bangkok pada malam itu.

"Its really a very good show,do'nt miss it ! I suggesrt you all should go !"beliau mendesak kami. Walau pun semuanya keletihan,namun kami tidak mahu mensia-siakan masa yang ada. Jadi kami menerima cadangannya .Dengan Teksi juga kami bertolak ke Asia Hotel.

Jam sudah pun menunjukkan 9 malam ,setiap seorang dikenakan bayaran masuk 200 baht (RM 20)Kami masuk ke Dewan..Ianya cukup cantik dengan hiasan lampu yang berwarna warni..Sebelum dimulakan pesembahan kami di hidangkan dengan minuman.Kami mengambil "Fresh Orange" sahaja .

Persembahan dimulakan tepat jam 9.30 malam .Lebih 20 orang gadis-gadis jelita Thai menari dipentas .Ada yang menyanyi .Kejelitann semuanya ( rasa aku lah ketika itu) tidak dapat ditandingi oleh mana-mana wanita atau gadis yang datang menonton di dewan itu..Ramai penonton adalah pelancong dari Barat.




Berbagai tema dan corak tarian dipersembahkan.Setiap babak mendapat tepukan gemuruh dan pujian penonton.Walau pun terasa mengantuk mulanya, mata kami kemudiannya terbuka luas!.


Di akhir babak tarian "Calypso" salah seorang penari mengangkat tinggi skirtnya. hampir keparas lutut.Di saat itu dengan suluhan cahaya,nampak lah betisnya yang dipenuhi bulu.Rupa-rupa nya semua penari-penari jelita itu adalah "Pondan".Penonton bersorak dan mengeluh. Walau bagaimana pun,mereka terhibur dengan "Ladyboys" ini.

Semasa kami hendak keluar dewan,penari-penari jelita tadi berbaris di laluan keluar sambil berjabat tangan dengan para penonton.Aku terasa geli hendak menjamah tangan mereka apalagi ketika berada di hadapan setiap orang,ia berkata "Thank You!" Suara yang begitu parau bunyinya .! Meremang bulu tengkok aku dibuatnya.

Kami yang rasa tertipu,kecewa dengan "Culturtal Show " itu .Tapi tidak terasa hendak marah pula..Kami sedar bahawa itu lah Bangkok! .

Dan itu lah pengalaman pertama aku !