Followers

Sunday, June 7, 2009

Melancong ke "Floating Market of Thailand".


7 hbMac,2003 (Jumaat)

Esoknya, kami pagi-pagi lagi bangun dan bersiap sedia untuk melancong ke Floating Market of Thailand.Pemandu van yang juga menjadi pemandu pelancong yang bernama "Nick" telah pun berada di Lobby,menyambut kami semua. Bersama dengan tiga gadis pelancong Jepun dan seorang dari India,kami bertolak seawal jam 7.30 pagi menuju ke lapan destinasi yang dijadualkan..

Perjalanan kami mengambil masa lebih dari satu jam untuk sampai ke destinasi pertama.Di Sepanjang perjalanan "Nick" dengan ramah mesra memperkenalkan kawasan persekitaran,aktiviti dan nama kampung yang dilalui..Salah satu kawasan yang menarik perhatian ialah lapangan yang luas untuk memproses garam dari laut.Timbunan dan hamparan garam memutih dalam sinaran matahari pagi.

Pada jam 9.05 minit pagi kami sudah pun berada di destinasi yang pertama.

1. Coconut Farm.

Kami tiba di sini jam 9 pagi dan mendapati sudah banyak van serta bas-bas pelancong berbaris di luar.Kebanyakan pelancong adalah dari Eropah,Britain dan Amerika Syarikat..Di sini dipamerkan industri tani berasaskan kelapa,rumah contoh petani dan persekitaran tepi sungai. Corak persembahan dan susunan pamerannya amat menarik dan mesra alam.

2. Floating Markets of Thailand.

Pemandangan di Floating Market


Kami,tiba pada jam 10.00 pagi dan di bawa menaiki boat "James Bond" untuk meninjau kawasan perkampungan yang dikelilingi air. Nampak damai dan tenang kawasan sekitar dengan bentuk rumah-rumah Thai yang masih banyak berada dalam bentul tradisionalnya.
Kami kemudian turun berjalan kaki melalui sepanjang tebing konkrit,dari satu blok kesatu blok untuk melihat aktiviti di kawasan "Floating market".Bayaran 100 baht seorang dikenakan jika ingin menaiki perahu. Memang meriah dan cantik suasana di"Floating market" ini.Ada apa sahaja barangan,makanan dan buah-buahan di jual dari dalam perahu.Adakalanya berlaku trafiik jam.Ramai pelancong asing menggunakan perahu untuk melihat-lihat suasana di situ.

Sesuatu yang ,menarik perhatian kami ialah kebolehan kebanyakan orang Thai di sini berbahasa Inggeris terutama dalam urusan berjual beli.(Setahu aku mereka tidak pun menghadiri kelas bahasa Inggeris atau PPMSI seperti di Malaysia).Mereka peramah dan sentiasa ceria.

Itulah aset penting dalam industri pelancongan Thailand.


Sesudah membeli beberapa cenderahati,kami bertolak dengan van ke destinasi berikutnya.

2 comments:

  1. yer saye penah ke thailand mmg seronok

    ReplyDelete
  2. untuk rawatan klinik kecantikan di thailand (bangkok) oleh doktor pakar sila layari laman web:www.srivichai2.com
    atau hubungi saya email:tuanhasamoh@yahoo.com

    ReplyDelete