Mohd.Ezziz Mustaqim ,lahir pada 25 July 2010/13 Syaaban 1431
Salah satu rahmat yang di kurniakan Allah
apabila
seseorang itu sudah semakin tua
ialah
dipanjangkan umur dan
diberi kesempatan untuk menimang cucu
dan kemudian nanti dapat memanjakan nya,
bermain dan bergurau
serta terus mendidiknya juga
lantas mengisi ruang-ruang kosong dalam hidupnya!
Itulah keindahan hidup pada saat itu!
yang mewujudkan kebahagiaan keluarga
dan nikmat kesyukuran
Bersama ibu dan kakak ke-3
Alang kah sunyinya hidup dihujung usia
tanpa anak,dan tanpa cucu untuk berkongsi masa
anak yang ada kebetulan masih lagi kecil
Berkongsi kegembiraan
Itulah , bila
diri asyik mengejar kerjaya,pangkat dan kemewahan
lantas lambat mendirikan rumahtangga
natijahnya
Nanti di hujung usia
meneruskan sisa hidup sendirian,
tanpa hilai ketawa dan senyum
insan-insan tersayang !
Bersama pelawat pertama
Apapun
semuanya adalah kurniaan Allah
Yang Amat Pengaseh dan Amat Penyayang
salam ....
ReplyDeletecomelnya cucu , ummi tak tahu ler bila tahunnya dpt timang cucu , anak2 pun masih di alam sekolah lagi...
Salam Ummi,
ReplyDeleteBiasa lah tu,dah sampai masanya dapat lah jua...
Tu anak sulung saya. Masa di AS dulu umurnya baru hampir dua tahun...la ni dah dpt yg ke4 dan
saya mula ambil kontrak "Mandikan" cucu setiap pagi....
salam cikgu yamin
ReplyDeletetahniahhhh dapat cucu baru...
comeynyaa cucu baru ...
selamat bertugas "memandikan" cucu iyer...
Salam
ReplyDeletekirim salae ko Kak Pini ....
Baghu masuk 4 , kor .....
Tok Ma Puchong pun baru buleh cucu lagi.
Cucu yang ke lapae orghe.
Salam Mrs Nor,
ReplyDeleteTerima kasih,..ni hak diKota Bharu,dari anak sulung kami....Kontrak"manditu" dah kuatkuasa tiga hari sudah....Lepad ni nak buka syarikat"Mandi",kah ..kah
Salam pB,
Ni pun yang kelape jugalah.dah jadi seri,4 lelaki 4 perempuan. Kat pucong ni dah ada oghe kontrak "mandi aanak"ke?.Salam dan tahniah kepada To Ma Pucong !