Followers

Sunday, October 17, 2010

Kunjungan tamu istimewa




Tetamu  Istemewa
                                                                        
     Tanggal 16 Oktober ,Sabtu 2010 Jam 5.00 petang akan tetap di ingati kerana itulah saat  kami  dikunjungi  oleh seorang tetamu istimewa.Itu  adalah kunjungan buat pertama kalinya ke kediaman kami.

    Pertama kali kami melihatbya ,ialah pada 25hb Julai 2010 di Pusat Perubatan An Nisa,Kota Baharu. Itu adalah hari lahirnya  Muhammad Ezzaz Mustaqim.

    Dari semenjak tarikh itu,kami berulang alik selama lebih dua minggu  menemai dan  memandikanya setiap pagi.Kini usianya telah menjangkau tiga bulan.

    Setelah hampir tiga bulan,Muhammaad Ezzaz Mustaqim akhiarnya muncul
dipintu rumah kami bersama ibu dan kakak-kakaknya.Ia sungguh ceria dan   banyak berkata-kata (bersuara) seolah-olah bertanya khabar dan  melepaskan rasa rindu kerana sudah beberapa hari kami tidak mengunjunginya.

    Kunjungan pertama kali itu sungguh bermakna dan nostalgik  buat kami yang  dipenggil "Tok Ma" dan "Tok Ayah".Suasana mesra dan aman dirasai.

    Kami  tinggal berdua sahaja kerana anak-anak sudah cukup dewasa,berjawatan dan sudah mempunyai rumah dan keluarga masing masing. Sedikit sebanyak kedatangan mereka mengubati rasa rindu dan sunyi kami berdua.Hilai ketawa,laungan dan teriakan anak cucu pastinya menghiburkan.
   
    Ini mengingatkan kami,membawa balik kenangan lama semasa kami  mula-mula mendirikan rumah tangga.Kedua-dua orang tua kami,baik dipihak suami mahupun dipihak isteri seringakali menunjukkan wajah gembira setiap kali kami  menziarahi mereka sama ada di Kota Bharu atau di Rantau Panjang.Ibuku , begitu juga ibu mertuuaku selalu  gopah gapah menyiapkan makanan atau hidangan kegemaran kami, nasi kerabu dan pulut pagi.

    .Mengingatkan kembali semuanya ini,kami jadi sebak.Siapa yang tidak dapat menyelami perasaan ibu bapa ketika itu. Perasaan halus,lembut dan ikhlas mereka melayani kunjungan kami.  Lebih-lebih lagi ketika kami bersama anak-anak. Cucu mereka.


Riang  bersama Tok Ma
                                                              
                  
      Kini perasaan  dan sikap itu lah juga yang kami warisi  dari mereka.(Yang semuanya telah lama kembali kepada tuhannya).Alangkah bahagia bila berada diusia yang lebih separuh abad ini,kami masih berpeluang bermain,bergurau  dan bermanja  dengan  anak dan cucu.Anugerah Allah yang tidak semua orang dapat menikmatinya!

      Masih terbayang bagaimana wajah lesu ibu atau mertua yang sedang duduk ditangga tiba-tiba bertukar menjadi ceria sebaik sahaja melihat kami tiba untuk menziarahi mereka.Tidak terlukis suasana  ketika itu.

      Kami bertuah kerana hari ini masih ramai ibu-ibu yang seringkali dibelenggu kesunyian,tidak dikunjungi anak-anak yang sudah dewasa dan berjawatan.Mereka jauh di mata dan jauh juga di hati !
  
      Sayangnya,masih ramai anak-anak muda kita mula melupuskan sejarah dan kenangan kelurganya .

      Kasih dan sayang  ibubapa  dianggap sudah menjadi perkara yang silam.

     

     

3 comments:

  1. salam tn hj.

    semoga cucu2 dpt mwarisi sifat2 mulia tok ma dan tok ayah mereka...

    rasa nya ummi lambat lg nk menimang cucu,itu pun kalau dipanjangkan usia...

    ReplyDelete
  2. Waalaikumusalam Ummi,

    Terima kasih,itulah yang kami harap dan doakan selalu semoga anak-anak tidak mengabaikan tanggungjawab terhadap ibubapa mereka.Yang penting nya selalu "get in touch".

    10 atau 20 tahun taklah lama ,Insyallah bila tiba masanya Ummi akan mengikut jejak kami juga! Kita hanya berdoa dan bersedia menghadapai perubahan.

    ReplyDelete
  3. amin amin semoga mendapat keluarga bahagia sepanjang hayat . .

    ReplyDelete