Followers

Wednesday, November 24, 2010

Bila isteri tidak sihat....



Dalam pelukan suami
                                                        
   Dalam kehidupan berumahtangga,setiap pasangan  ingin mencapai kebahagiaan dan kesejahteraan.Lebih-lebih lagi setelah melalui perkongsian  sepuluh tahun ke atas lamanya.

     Namun ada kalanya terdapat  sengketa atau konflik yang sedikit sebanyak boleh
megeruhkan  suasana hubungan.

     Betullah seperti kata Allahyarham Tan Sri P Ramlee ."Sedangkan lidah lagi tergigit,apa pula suami isteri...buang yang keruh ambil yang jernih..baru teguh peribadi.."

     Begitulah juga detik-detik hidup yang kami tempuhi setelah lebih empatpuluh tahun bersama.Asam garam,pahit dan manis telah  kami sama-sama rasai dan kini setelah  anak-anak telah dewasa dan mempunyai keluarga serta rumatangga sendiri,masing-masing telah berdikari.

    Tinggallah kami berdua menyambung hidup yang masih berbaki.Walaupun anak-anak sentiasa berhubung dan kadangkala ikut bersama, kami rasa lebih selesa bila berdua-duaan sahaja. Hidup  bebas dan lebih romantis berbanding beberapa waktu dahulu.


    Rupa-rupanya   ada satu lagi episod hidup ,yang kami belum tempuhi dengan penuh erti dan emosi, ia itu apabila isteri tersayang tidak begitu sihat dan jatuh sakit dengan tiba-tiba. Dulu ia tidak merisaukan sangat kerana anak-anak  berada di sekeliling dan  sedia membantu.Kini  senarionya  berbeza.

    Suamilah yang mainkan peranan segala-galanya.Memasak,melayan,mengurut dan melegakan sakit-sakit sendi dan menjaga waktu makan minum ubat-ubatan.Adakalanya  menjadi pakar motivasi,penasihat dan penghibur.

    Pendek kata,saban hari soalan-soalan begini diajukan;

    "Dah makan ubat ?"
    "Ni , you nak makan apa?"
    "Sakit lagi  ke..you nak I urut kat mana ?"
    " Freshmilk dah minum pagi ni ?....."
    " Pagi ni you nak makan apa?,nak I buat scrable egg ke?"
    " Mana satu kain baju yang you nak I cucikan ?"
    " Ni nak keluar solat kat masjid,jaga diri kejap aje ok?"
    " You sayang kat I ke?""

   Dan banyak lagi.Rasanya tidak pernah sunyi melayan soalan dan memberi jawapan.  

      Namun sekali sekala perasaan takut dan bimbang menguasai diri bila memikirkan jika ditakdirkan dia dijemput  lebih awal untuk menemui Allah.
Justeru itu  kami tidak berenggang jauh (kecuali bila ke masjid )

      Kesabaran diri adalah penentu kesinambungan hidup seharian.

      Suatu malam, ia memenggil aku dan berbisik perlahan;

      "Boleh tak you peluk I  kejap..nanti bila I dan lena you bolehlah pergi tengok bola "

      Bermacam-macam andaian bermain dikepala. Mengapa tiba-tiba jadi begini pula  sikapnya sedangkan sejak berpuluh tahun dahulu lagi beliau tidak pernah mengajukan permintaan begini .Aku pendamkan perasaan.

      Aku  ikut sahaja kehendaknya sebelum keluar  menonton siaran langsung English Premier League di bilik sebelah.Itu pun sesudah aku mendengar ia mula berdengkur.
 
      Perasaan bimbang dan cemas hilang di tengah-tengah sorakan dan tepukan gemurah para penyokong   Manchester United  ,bia ia berjaya mengalahkan Manchester City!

4 comments:

  1. salam kpd penulis... nice blogg ler... sy suka artikal ni... ianya menarik... dan membantu kpd semua pembaca terutama sekali pd sy la... ok lain kali post yg menarik2 lg... jumpa lg...

    ReplyDelete
  2. salam ....

    ummi doakan bonda kembali pulih semula dan sihat sejahtera hendaknya...

    semoga ayahanda banyak2 bersabaq dengan ujian ini...

    ReplyDelete
  3. Salam Cikgu Aishah.
    Terima kasih...saya hanya menulis bila terasa ada pengalaman perlu dikongsi,

    InsyaAllah,panjang hayat saya buat en3 baru,lagipun tak kan nak simpan pengalaman diri sampai ke mati..!

    ReplyDelete
  4. Salam Ummi,

    Terima kasih kerana doa tu,InsyaAllah !
    Sekarang ni dia kembali normal dan kami seisi keluarga (bersama kesemua anak2 dan cucu) pergi melancong ke Melaka,kemudian ke S.Alam dan Pucong .
    Bonda dah terubat sepenuhnya.
    Rabu ni mungkin pulang ke kb

    ReplyDelete