Followers

Tuesday, July 14, 2009

Tak kenal..dan...tak rasa malu !



Di akhir-akhir ini,
kita seringkali membaca dan mendengar
ada berbagai tulisan,komen dan pandangan dilemparkan terhadap
Tok Guru,Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat,Menteri Besar Kelantan.
Malah banyak tulisan dan komen (termasuk dari penulis blog)
terang-terangan menyindir,
memburuk-burukkan imej,
dan ada yang lebih teruk lagi
sanggup
mengeluarkan kata-kata kesat
yang tidak sepatutnya.

(Saya tidak akan turunkan contoh kata-kata,tulisan dan komen berkenaan demi untuk tidak mengotori posting ini)

IIman Asy-Shyafi'i ra , ketika mendapati ada seorang yang memperbodohkan ahli ilmu berkatkepada para pengikut yang ada di belakangnya ;

"Bersihkanlah pendengaranmu dari mendengar kata keji seperti kamu membersihkan lidahmu dari mengucapkannya.Sesungguhnya si pendengar adalah sekutu dari yang berkata.Orang yang lemah fikiran melihat kepada barang yang sangat buruk di dalam wadahmu. Kalau ditolak perkataan orang yang lemah fikiran itu,maka berbahagialah yang menolaknya,sebagaimana akan celakalah yang mengatakannya "

Dan beliau berkata lagi," Barangsiapa tiada menjaga dirinya maka tak bergunalah ilmunya".

Secara peribadi,saya rasa jika kita tidak begitu mengenali seseorang,hati budinya,cita-cita , perjuangannya , dakwah serta falsafah hidupnya,kita tidak seandaiya layak untuk membuat komen , apalagi menyindir atau mencemuhkannya..

Dengan sehebat mana pun kita menulis dan berfikiran , ia hanyalah menifestasi akal kita yang cukup terhad berbanding dengan pengetahuan yang di miliki Allah Yang Maha Esa. Jadi janaganlah kita "mendewa-dewakan" akal kerana perbuatan "mendewa-dewakan akal adalah satu kesesatan "

Siapakah kita untuk berbuat demekian.Sudahkah kita melihat wajah dan diri sendiri di cermin. Tanya sama hati untuk apa kita berbuat begitu.Untuk wang..untuk mengampu...atau untuk memenuhi tuntutan syaitan dan iblis!

Saya tidak hendak mengkritik atau mengajar sesiapa , jauh sama sakali dari hendak bermusuhan tapi sekadar untuk berkongsi maklumat dan pandangan tanpa prejudis!

Terlalu sakit rasanya hati dan terlalu pedih rasanya mata melhat tulisan dan seumpamanya yang sengaja dilemparkan terhadap TGNA. Seorang murid, sekalipun dalam keadaan marah dan benci terhadap gurunya tidak akan menguggurkan perkataan "Cikgu."ketika menyebut nama gurunya.Inikan pula terhadap seorang "Tok Guru" atau ulama yang disegani ramai. Ulama adalah pewaris para nabi dan anbia'

Jauh disudut hati kecil, saya merasakan "penulis,pengulas dan blogger yang terbabit" tidak begitu mengenali dan tidak mempunyai rasa malu terhadap watak sasarannya

.
Allah berfirman dalam Surah Al-Araf;Ayat 199.yang bermaksud;

"Terimalah apa yang mudah engkau lakukan dan suruhlah dengan perkara yang baik,serta berpalinglah (Jangan dihiraukan)orang-orang yang jahil. (Yang degil dengan kejahilannya)"


Dan Rasulullah s.a.w pernah bersabda ;

" Tidak akan lurus keimanan seseorang hamba,sehingga lurus pula hatinya , dan tiada akan lurus hatinya ,sehingga lurus pula lidahnya.Dan seorang hamba tidak akan memasuki syurga , selagi tetangganya belum aman dari kejahatannya".


Ibnu Mas'ud (Abdullah bin Mas'ud) r.a. pernah berkata :

" Wahai Lidah ! Sebutkanlah yang baik-baik,niscaya engkau akan dapat faedah.Dan berdiamlah dari berkata buruk,niscaya engkau terselamat sebelum engkau menyesal."


Ketika Rasulullah s.a.w. ditanya, siapakah di antara kaum mukmin yang paling utama keimanannya ?Baginda menjawab: Yang paling baik budipekertinya.

"Sesungguhnya kamu sekelian tidak akan sanggup mempengaruhi manusia dengan hartamu ; dengan itu pengaruhilah mereka dengan wajah yang manis dan budipekerti yang baik"


Dan ini terdapat pada watak Tok Guru Dato Haji Nik Abdul Aziz .b. Nik Mat.


Itulah yang aku tahu ....dan aku malu padanya !


1 comment:

  1. di ceritakan oleh seorang sahabat didalam forum,ketika tok guru gi rasmi pos untuk pilihanraya manek urai,seorang telah menyumpah dan mengeluarkan kata2 kesat kepada tok guru..sehingga terlajak mengikut nafsu,terkeluar dari mulutnya suatu penghinaan kepada agama islam!apabila pulang,lidahnya terkeluar dan tidak dapat di masukkan lagi,sehingga keluarganya menghubungi tok guru..tok guru pesan kepada ust latif supaya ambil air solat hajat di rumahnya dan di beri kepada orang itu..

    oleh yang demikian, jangan sesekali menghina agama kita sendiri akibat terlalu ghairah untuk menghina orang alim..

    ReplyDelete