20hb,Nobembeer,2009 (Jumaat)
Keadaan ketika para jemaah melakukan tawaf
Pada jam 9.00 pagi aku sudah pun berada di Masjidi Haram. Kawasan mesjid telah hampir dipenuhi dan sekililing kaabah mulai penuh sesak.. Hasrat aku ialah untuk menunaikan solat jumaat seberapa hampir dengan kaabah.Aku terus melakukan tawaf sunat dan setelah selesai aku memilih ruang untuk duduk, tidak jauh dari Makam Ibrahim. Jam baru menunjukkan pukul 10.15 pagi , ini bermakna aku mesti berada dan menempah tempat di situ untuk kira-kira dua jam setengah lagi..Aku berpanas selama itu ,Begitu juga ahli-ahli jemaah yang lain .Masing-masing telah duduk dan tidak berganjak.
Lantai marmar ternyata sejuk,tetapi sinaran matahairi menyilaukan mata.Namun aku tidak berpeluh dan merasai rimas( sebaliknya kalau keadaan begini di Malaysia). Alhamdullilah,suasana di sekeliling kaabah memang luarbiasa !
Pemuda dari Batna,Algeria ini telah meminta botol bekalan air zam-zam aku yang hampir kosong dan bergegas keluar. (Aku hanya sempat memberikan sedikit air zam-zam kepada lelaki di sebelah kiriku sahaja)Lima belas minit kemudian beliau kembali dengan dua botol yang penuh berisi dengan air zam-zam.Satu diberikan kepada aku dan yang satu lagi kepada jemaah yang berada di kiriku. Syukur pada Allah atas kurniaan begini.Hatinya telah digerakkan untuk berbudi kepada orang yang lebih tua seperti aku .Allahuakbar !
Inilah saat ketika Iman sedang membaca khutbah
Kedudukan hanya beberapa meter sahaja dari tempat aku duduk.Nada bacaan doanya menyebabkan aku mengalirkan airmata.(Meskipun aku tidak memahami maksudnya) Ya Allah...Kerdilnya aku pada masa itu .
Suasana setelah selesai solat Jumaat
Pemandangan diluar Msjidi Haram.
Para jemaah berpusu-pusu menghala ke kediaman masing-masing
Hari itu, ketika berada di hadapan kaabah,aku benar-benar merasa malu atas dosa-dosa yang telah aku lakukan tetapi penuh berharap kepada Allah untuk memberikan aku keampunanNya dan menerima taubatku. Sebak hatiku dan aku terus menangis.
Allah maha penyanyang dan sentiasa menerima taubat hamba-hambanya.
Itu keyakinanku.
salam ..
ReplyDeleteseronok baca kisah Tanah Suci di blog ni.time kasih krana berkongsi cerita.
Salam Ummi,
ReplyDeleteTerima kasih kembali.Sebenarnya semua yang saya lalui dan alami ketika itu seringkali berligar-
ligar dalam ingatan.
Solusinya,turunkan ke blog ini!
Sememangnyalah hidup ini adalah satu perkongsian
salam haji,
ReplyDeleteseronok baca catatan pengalaman haji. saya tunggu next entry!
Salam Hajah Zainab,
ReplyDeleteTerima kasih.Saya benar-benar komited untuk meneruskan en3 seterusnya.Insyallah.
kembali rasa rindu pada kaabah...
ReplyDeletemasih teringat... tawaf widaq selepas solat jumaat sebelum ke madinah...
memang keajaiban... sinaran panas matahari... tetapi ...simen tempat berpijak dan sujud ... sejuk... :D
Salam Adenium,
ReplyDeleteMemang pengalaman kita sama,sehingga saat ini masih terbayang semua detik2 yang luarbiasa...
Diharap Allah mengizinkan kita bersujud kepadanya di hadpan Kaabah lagi satu hari nanti..InsyaAllah !