Followers

Tuesday, January 26, 2010

Di tepi tangga mengadap Kaabah.

Hari ke-2 di Makkah.

13hb.Nobember (Jumaat). . Pada jam 4.00 pagi, kami sendirian ke Masjidi Haram untuk solat subuh dan kembali ke hotel pada jam 7.15 pagi. 


                                     Menunggu waktu untuk Solat Jumaat

Pengalaman pertama  (tanpa rasa malu) kami ternyata tersalah jalan lantaran kami hanya  melangkah ke hadapan dan patuh dengan ungkapn "Jangan pandang belakang" Akibatnya kami tiba di hotel  Al Jandariah dimana terletaknya ibu pejabat LUTH..Kami dilayan petugas dengan mesra dan memberitahu  yang kami akan dihantar ke Maktab 79 bersama beberapa orang lagi jamaah yang senasib dengan kami..

Ingatan kami akan dibawa dengan kereta atau van,rupa-rupanya  mengikuti petugas berjalan kaki menuruni bukit.Di persimpangan kami diarah membelok ke kanan,mendaki bukit ke arah Maktab 79 ..Aduh...bukannya jauh,tapi agak bersebelahan  iaitu dalam jarak kira-kira 200 meter sahaja !


                                      Duduk di tepi tangga,berhimpit-himpitan


    Pada jam 9.00 pagi (berdasarkan maklumat dari rakan blogger,En Manzili yang bertugas di Al Safwah Hotel) aku terus ke Masjidi Haram awal-awal lagi untuk Solat Jumaat   kerana bimbang tidak dapat memasuki masjid dan berhadapan dengan kaabah..Ternyata Ia hampir penuh sesak.Aku terus mencelah-celah dan akhirnya sampai di tepi tangga. Di situlah aku mampu duduk.

Selesai solat sunat aku terus berdoa dan membaca Al-quraan. Selama lebih dari dua jam aku terpaksa menahan asakan dan himpitan berbagai jenis pengunjung,lelaki dan perempuan.Ada yang menolak kepalaku  dan ada yang melangkah bahuku untuk kehadapan. Penawarnya satu sahaja iaitu "SABAR" dan mengingati Allah yang Maha Besar  dan Maha Mengetahui .



                                         Suasana sebelum bermulanya Solat Jumaat


                                               Sesudah selesainya Solat Jumaat


                                          Pemandangan di luar Masjidi Haram
 
   Aku ikut melakukan Solat Jumaat,(maaf,aku tidak hendak komplain) dalam keadaan  yang tidak selesa ,terpaksa berhimpit dan dicelah-celah jamaah lelaki dan juga perempuan..Realitinya  keadaan jauh berbeza dengan solat  di kampung sendiri.Apapun aku bersyukur dapat pertama kalinya duduk menghadapi kaabah. Mata seringkali digenangi air mengigati sesudah umur ku lebih separuh abad ini, aku diterima manjadi tetamuNya, duduk bersimpuh tidak jauh dari Kaabah,di belakang Makam Ibrahim..Alhamdullillah !
                                 

                                            Solat di dataran Masjidi Haram

   Malam itu kami sedikit terlewat ,dan terpaksa buat pertama kalinya solat maghrib dan Isya di dataran (kawasan lapang di luar masjid) berhadapan dengan kawasan Sai' (empat tingkat semuanya) Suasana terasa sejuk dan tenteram.


                                             ....sejuk dan tenteram

6 comments:

  1. Salam cikgu
    kali pertama tak ada yang tak sesat, kalau tak sesat pun, terambil jalan yg jauh utk sampai ke hotel wal hal jalan dekat ada hehehe (pengalaman ambo ler hehe)

    Bapak sedara kawan yg sekali ambo masa tu sehari semalam sesat sampai anak sedara dia lapor pada LUTH cari..cian kat org tua bila jumpa nampak cam nanar.. ujian Allah tak siapa tahu di bumi Allah itu

    ReplyDelete
  2. Salam kembali
    Itulah Ujian Allah,macam-macam hal berlaku .Rakan yang seusia ambo pegi melontar dan tak pulang-pulang ke khemah.Petugas LUTH menemuinya terpinga-pinga jam 3 pagi dikawasan melontar,tak tahu jalan nak pulang.Dua malam kemudian ambo menemuinya merayau2 diluar khemah jam 2.30 pagi (Katanya berjale2 aje,walhal dia sesat tak jumpa khemah)Seliparnya pula berlainan,sebelah berwarna merah,yang sebelah lagi berjalur hitam putih!

    Ambo pun serupa,pegi melontar menerusi 1 terowong,balik nak masuk terowong ke 2...nasib baik jumpa petugas LUTH !

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Syukur kerna bapak yamin telah bisa menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Saya ni tgh kumpulkan duit. hajat hati nak pi sana b4 50 thn. Doakan utk saya, k?

    ReplyDelete
  4. Salam Daddy Zuki,

    Terima kasih.Saya doakan saudara pasti akan kesana nanti.Kita hanya peerlu tingkatkan iman,selalu berdoa dan memohon kepada SAllah un tuk menjadi tetamuNya ppada setiap waktu.

    Percayalah Allah maha mendengar dan amat mengasehi.

    InsyaAllah

    ReplyDelete
  5. Salam..

    Abah..teruskan menulis untuk pengalaman bersama :)

    ReplyDelete
  6. Hai Lin,

    Terima kasih atas komen,spspun saya boleh baca angka dan sepatah dua kata aje...kah..kah..

    ReplyDelete