Minggu pertama.
10hb.Nobember,2009 (Selasa) :Pada pagi Isnin,9hb Nobember aku disahkan terpilih untuk menunaikan haji .Keesokan harinya, aku dan isteriku terus berangkat ke Kuala Lumpur.Barang dan pakaian yang diperlukan dikemaskini di rumah anak kami di Lestari Pucong'
Di Kelana Jaya diiringi sanak saudara
Bersama anak lelaki dan menantu sebelum bertolak ke KLIA
!!hb,Nobember2009:(Rabu):Kami melapurkan diri di Kelana Jaya pada jam 9.30 malam.Setelah mendaftar masuk,kami berlepas dengan bas (10 buah bas semuanya) ke KLIA pada pulkul 11.00 malam.Kami berlepas ke Jeddah dengan Saudi Airlines tepat pada jam 1.05 pagi dan tiba di lapangan terbang Jeddah pada jam 630 pagi Khamis dan kemudian bertolak ke Makkah dengan bas pada Jam 10.05 pagi dan akhirnya memasuki kota Makkah pada jam 12.15 tengahari.
Dalam pesawat Saudi Airlines
Bersama salah seorang petugas LTH
Menunggu giliran untuk menaiki bas
Tepat jam 12.40,kami tiba dan"check in " di hotel penginapan Maktab 79,di Hotel Dar Al Jandariah.(800 meter dari Masjidi Haram) Aku diberi bilik 507 ditingkat lima berkongsi dengan empat orang para jemaah lain.Isteriku berada di bilik 506 bersebelahan.
12hb.Nobembeer,2009:(Rabu) Kami solat Maghrib dan Isya di surau Maktab 79,Hotel Dar Al Jandariah dan kemudian mendengar taklimat dari pihak Tabung Haji tentang program kunjungan pertama secara beramai-ramai ke Mesjidi Haram untuk melakukan tawaf dan Sa'i.Pada jam 9.40 kami semua dipandu ke Mesjidi Haram oleh petugas-petugas Tabung Haji.Aku dan isteri menyempurnakan tawaf dan Sa'i sehingga selesai jam 12.00 tengahmalam.
Kaabah yang dimuliakan
Alhamdullillah,syukur kepada Allah atas kurniaan nikmatnya pertama kali kami benar-benar sujud dihadapan Kaabah .Aku tidak dapat menahan airmata yang mengalir keluar ketika berdoa. Sayu bercampur gembira.
Allahhuakbar !
Salam cikgu Yamen
ReplyDeleteseronoknya baca dan tengok gambar2 tu... rasa nak ke sana sekali lagi...