Gambar hiasan
Tuk...tuk..tuk...!.
Pintu bilikku di ketuk beberapa kali kemudian dibuka lebar.Aku baru lima bulan bertugas disebuah sekolah di bandar Alor Setar dan menjawat jawatan sebagai timbalan pengetua.Bilikku berada di tingkat tiga bangunan utama.
"May I come in .sir! " seorang pelajar perempuan menjenguk, suaranya perlahan.
"Yes,of course ,please come in" aku membalasnya seperti kebiasaanya apabila ada pelajar ingin masuk berjumpa denganku.
Dia terus masuk dan berdiri di samping kerusi
Pintu bilikku di ketuk beberapa kali kemudian dibuka lebar.Aku baru lima bulan bertugas disebuah sekolah di bandar Alor Setar dan menjawat jawatan sebagai timbalan pengetua.Bilikku berada di tingkat tiga bangunan utama.
"May I come in .sir! " seorang pelajar perempuan menjenguk, suaranya perlahan.
"Yes,of course ,please come in" aku membalasnya seperti kebiasaanya apabila ada pelajar ingin masuk berjumpa denganku.
Dia terus masuk dan berdiri di samping kerusi
*Boleh saya cakap dengan cikgu tak ?"
""Boleh...,duduklah dulu.."
"Apa cikgu tak marah..?" dia masih berdiri .
"Apa pasal pula saya nak marah ni.."
"Betulakah cikgu tak marah .?". Dia menarik kerusi lalu duduk.
"Cakaplah saja..apadia "..
"Apa..cikgu boleh terima ? "Dia memandang tepat ke mukaku
"Saya malulah nak ucapkan" sambungnya lagi , "saya takut..."
" Ni,kalau dah nak kata sesuatu ,,...kata sajalah."
" Saya malu...betul cikgu tak marah ? "
Tersirap darahku mendengar kata-katanya itu.Aku sudah boleh menduga apa yang mungkin hendak diucapkannya nanti.Pengalaman banyak mengajar aku.
"I love you ..Sir !" Dia bersuara lantang.menunjukkan keyakinannya terhadap diri.
" Ok !" Aku menjawab ringkas. (Jika lah aku bersikap seperti semasa mula-mula aku mengajar dulu, akan ku tampar muka pelajar ini.) Aku mengawal perasaan dan mentalku.
" Habis macamana cikgu"
" Ok lah tu' aku menjawab selamba.
" Jadi cikgu terima lah tu...?"Aku hanya tersenyum
" Saya memang berharap cikgu..terima kasih" Dia bangun .Puas hati dan meminta izin untuk keluar.
Sebaik sahaja dia keluar aku terkenangkan cerita filem "To Sir with love" suatu masa dulu.Memang "cinta" itu luas pengertiannya.Mengikut tulisan, didalam blog Abu As , "cinta" itu membawa erti"minat" .Setiap orang insan bebas menyatakan minatnya.
Aku memeriksa profilenya.Ternyata pelajar perempuan itu "bermasalah".Ini tahun ke-3 ia berada di tingkatan tiga dan mengulang buat kali keiga menduduki Peperiksaan LCE.Ia mempunyai latarbelakang keluarga yang baik.Aku simpati dan sayang kepadanya sepertilah juga terhadap pelajar-pelajar lain yang bermasalah.
Aku mencadangkan kepada pengetua supaya dia dipindahkan ke tingkatan empat (Dia hanya perlu mengulangkaji dikelas tambahan untuk peperiksaan LCEnya} Dia kemudian dilantik sebagai seorang pengawas.Semuanya untuk membantu dan mengubah persepsinya terhadap pelajaran.Dia banyak berubah dan mula bersikap positif. Mungkin kerana yakin aku menerima "cinta"nya itu !.
Rasanya ketika ia mengeluarkan kata-kata "I love tou Sir " itu dulu , nak aku buka laci meja dan tunjukkan album foto aku dan isteri bersama anak sulung kami yang baru berusia setahun.Aku tidak mahu menyakiti dan melukai hatinya.Aku mahu mendorong dan membantunya lulus peperiksaan kali ini.
Setahun lebih kemudian aku berjaya memohon untuk bertukar ke negeri asalku.Sejak itu aku tidak mendengar atau berhubung dengannya..
Tujuh tahun kemudian aku berpeluang menziarah rakan-rakan lama di Alor Setar.
Di Suatu petang ketika menuruni escalator di sebuah supermarket,aku terserempak dengan pelajar perempuan itu.Dia berada di escalator sebelah menuju ke tingkat atas.Di sebelahnya seorang lelaki tampan mendukung seorang anak perempuan.Itu sudah pastilah suaminya.Dia pula kelihatan berbadan dua.Dia kelihatan terkejut melihatku.
Setibanya aku ditingkat bawah,Aku terus menukar haluan dan menaiki escalator ketingkat atas. Aku hendak menemui dan mengucapkan tahniah kepadanya.
Niatku ,apabila berhadapan nanti hendak juga aku kemukakan soalan sinis "Do you still love me? "
Malangnya ,dalam lauatan manusia yang begitu ramai,aku gagal menemui nya.
Apa pun aku bersyukur dia telah selamat menempuh kehidupan baru yang sebenar dan berbahagia!
salam sir...
ReplyDeleteummi pun org A.Setaq gak tp dulu2 x pernah jumpa sir pun ...he he he
Salam Ummi,
ReplyDeleteTerima kasih.Dulu tu dalam tahun-tahun 1972-1974.Ummi di tingkatan berapa ?
Kalau biasa ke Lrg.Seri, dan Jln Mashuri ,tentu jumpa kot....
Waktu gadis tu ucapkan "i love you"..umur encik berapa?
ReplyDeletesalam...
ReplyDeletemasa 1972 tu ummi baru darjah satu....
lrg Seri tu rumah sedara ummi , tok kepada Termizi (peresiden melayu Jedah) yg selalu tn hj Arsyad paparkan gmbr dia kt blog KEHIDUPAN MEKAH tu..
Salam Truly Idea:
ReplyDeleteMasa tu dah kira2 26 tahun,dah ada seorang cahaya mata ,setahun jagung.
Salam Ummi,
Ooo...mana nak jumpa ...kecil lagi!
Di Lrg Seri Ujung duk kat rumah sewa Hj Abdullah (Pekedai runcit).Rasa nak ziarah jiran2 lama satu hari...Kat AS ummi di mana?
salam...
ReplyDeleteboleh ker ummi panggil ayahanda ?
sekarang ummi tinggal di KD PJ .
di Kedah , kampong ummi di Kuala Sala,tp ummi bersekolah di Maktab Mahmud AS kat Jalan Pegawai.
Salam Ummi,
ReplyDeleteAlhamdullillah,bertambah'keluarga'ayahanda!
KDPJ tu takjauh saya selalu mke sek.18,SA dan ke Lesdtari Pucong,ziarah anak-anak.Boleh lah nanti ziarah Ummi sekali..