Berdua-duaan,bergurau senda dan hilai ketawa penuh mesra
1.-Malam pertama merupakan perkataan yang agak sinonim dengan malam pengantin .Biasanya di malam persandingan dua pengantin,setelah semua acara selesai ,tetamu sudah pun pulang kerumah masng-masing,keluarga masih menguruskan kerja-kerja didapur dan diluar rumah., di saat itu tinggallah pasangan pengantin berdua--duaan uantuk memula kan babak yang baru dalam hidup.
Dunia menjadi milik mereka berdua sahaja.Penghuni lain seolah-olah tidak lagi ujud dan kedengaran. Ketika itu hanya mereka berdua sahaja yang berkongsi hidup.Malam menjadi begitu panjang dan penuh mesra. Hanya terdengar suara lunak,bisikan dan ungkapan manja, diikuti dengan gurau senda dan sekali sekali hilai yang mengasyikkan.
Di malam pertama itu hanya mereka berdua sahaja yang mencipta sejarah,mencipta kenangan dan pengertian yang nanti mengubah hidup mereka dikemudian hari.
Di malam itu tidak ada gunung yang tidak di daki,tidak ada lurah yang tidak di turuni, tidak ada keruh yang tak akan jernih dan tiada kusut yang tak kan selesai. Semuanya berlaku pantas.
Bertuah lah pasangan yang berjaya mencipata malam yang penuh bersejarah.Kesemua makhluk dilangit dan dibumi tumpang bergembira,lebih-lebih lagi ayahanda dan bonda.
Hari esok nya tidak akan sama lagi dengan hari yang sebelumnya.Hanya takdir yang boleh mengubah segala-galanya.
2. Malam pertama juga sebaliknya merujuk kepada saat pertama seseorang itu bangkit dari kuburnya untuk berhadapan dengan melaikat yang ditugas bagi memulakan sessi soal jawab.
Malam itu tersangat sunyi dan tidak terdapat teman atau pasangan yang mengiringi.Ia adalah malam yang amat menakutkan!
"Aisyah R.A bertanya tentang azab kubur , Rasulullah menjawab,ya azab kubur pasti ada" (Hadis riwayat Bukhari-kitab Al Janaiz))
Diri sendiri dicenkam sepi dan gelap yang tidak pernah terbayang.Rasulullah pernah bersabda bahawa kubur itu memiliki himpitan. Di sana hadir dua melaikat untuk mengemukakan beberapa soalan.
Benarkah anda bisa menjawabnya :
Alangkah bahagia seandainya maut menjemput ketika diri sedang berlinangan airmata merasakan manisnya iman semasa sujud memperhambakan diri , rindu akan berjumpa denganNya.
Alangkah indahnya airmata yang selalu berlinangan dari munajat seorang anak yang soleh yang merindukan kemuliaan dan keselamatan bagi kedua orang tuanya...
Taburan doanya adalah cahaya yang menerangi kegelapan alam kubur. !
"Kematian adalah nasihat terbaik dan guru kehidupan, sedikit sahaja kita lengahkan dari memikirkannya,, maka kita akan kehilangan guru terbaik dalam kehidupan".
Jadikan malam pertama ini,malam yang dicucuri rahmat dan dan di beri perlindungan ,dijauhi azab dan seksa yang tidaK tertanggung oleh diri.

- dari lisan yang jarang menyebut namaNya
- dari ibadah yang sering diremehkan serta sunnah yang diabaikan..
Alangkah bahagia seandainya maut menjemput ketika diri sedang berlinangan airmata merasakan manisnya iman semasa sujud memperhambakan diri , rindu akan berjumpa denganNya.
Alangkah indahnya airmata yang selalu berlinangan dari munajat seorang anak yang soleh yang merindukan kemuliaan dan keselamatan bagi kedua orang tuanya...
Taburan doanya adalah cahaya yang menerangi kegelapan alam kubur. !
"Kematian adalah nasihat terbaik dan guru kehidupan, sedikit sahaja kita lengahkan dari memikirkannya,, maka kita akan kehilangan guru terbaik dalam kehidupan".
Jadikan malam pertama ini,malam yang dicucuri rahmat dan dan di beri perlindungan ,dijauhi azab dan seksa yang tidaK tertanggung oleh diri.
No comments:
Post a Comment