Suatu ketika, semasa aku menyampaikan khabar gembira kapada seorang rakan sejawatku yang aku akan mendirikan rumahtangga, beliau terus mencemuh ;
"Ini lah Orang Melayu, muda-muda lagi dah nak kahwin !.Sepatutnya belajar dulu kat universiti,dapat jawatan,dapat gaji besar,dapat pangkat ......"
Aku hanya berdiam diri.Tidak hendak aku jawab kata-katanya.Aku tetap dengan keputusan dan menurut kata hatiku. demi untuk keluarga dan keyakinan terhadap Allah. Rezeki dan takdir terletak di tanganNya. Biarkanlah dia dengan prinsipnya.Masa itu aku telah pun menjangkau usia 24 tahun.
Ramai anak-anak muda yang sebaya banyak menghabiskan masa di pusat-pusat hiburan,di kelab malam dan di dewan tarian.Ramai juga yang mengambil minuman keras. Alhamdulillah, aku terhindar dari semua itu !
Rakan aku itu baru keluar Universiti dan menjawat jawatan guru sementara.Aku juga telah beberapa tahun kemudian masuk universiti setelah dikurniakan anak pertama. Bezanya aku mempunyai lebih banyak peluang untuk berbuat kebajikan melalui anak dan isteri!.
Kini setelah lebih 41 tahun berkahwin dan berlongsi hidup dengan isteri tersayang,aku telah dikurniakan tiga orang anak.Yang sulung,seorang perempuan lahir pada tahun 1970, yang kedua,lelaki lahir pada tahun 1975 dan yang bongsi juga seorang perempuan lahir pada tahun 1980.
Ketiga-tiganya berkelulusan universiti tempatan dan kini telah berkeluarga serta memiliki rumah masing-masing.Dua daripadanya telah menetap di KL.Jadi, kami bebas untuk melakukan ibadah,terutamanya menghabiskan banyak masa bersolat dan mendengar kuliah di masjid-masjid.
Masih ramai rakan-rakan sebaya yang tidak berkesempatan melakukan itu semua justeru terpaksa menjaga anak kecil; menghantar mereka ke-sekolah atau pusat-pusat tuisyen.
Kami bahagia bersama anak-anak dan cucu (kini hampir sepuluh orang). Masa yang terluang banyak kami habiskan untuk saling ziarah menziarahi.termasuk menziarahi kakak dan tiga adik perempuan ku yang telah juga menetap di KL.
Pernah aku bayangkan bagaimana hidupku nanti sekiranya sehingga umurku hampir mencecah 40 tahun,baru hendak mendirikan rumah tangga.
Seorang rakan jemaah, ,juga jiran ku pernah meluahkan rasa kekesalannya kerana berkahwin terlalu lewat..Beliau sudah hendak bersara tapi anak-anaknya masih kecil.
Sekembali dari Tanah Suci baru-baru ini,kami mulai merasai betapa banyaknya rahmat dan nikmat Allah , Anak-anak selalu medoakan keselamatan dan kebajikan untuk kami.Kami yakin Allah amat penyanyang dan amat mengasihi. Kami hanya merancang,Allah yang mecurahkan rahmat dan hidayatnya.Kami pasrah.
Kami juga selalu bayang kan bagaimana mungkin ,bila seseorang itu pulang dari tanah suci nanti tidak kedapatan anak atau cucu untuk menyambut dan mencium tanganya.Begitulah juga dalam meyambut kemeriahan hari-hari raya
Alhamdulillah,kami menikamati itu semua...dan kami tetap bersyukur!

No comments:
Post a Comment