(Hari ke-2 di Madinah)
Bersolat di barisan hadapan di tingkat bumbung Masjid Nabawi
Aku ke Masjid Nabawi awal-awal lagi dengan harapan untuk mendapat tempat yang terdekat dengan Raudhah.Alhamdullilah ,aku mendapat tempat untuk bersolat zohor,lebih kurang sepuluh meter di belakang sebelah kanan Raudhah.Aku memilih tempat di tepi sebuah tiang untuk mengelak dari kena himpit.
Tiba-tiba sewaktu asyik membaca Al Quraan,bahu aku di cuit orang. Aku berpaling dan seorang lelaki bersuara dengan jelas...
"Asalamualaikum.. you...speaking English ?"
" Yes !" aku menjawab ringkas
" Can you give me ten riyal..I want to buy some food.. or. you give me five riyal" beliau
menyambung kata.
Aku tergaman dan mengira-gira langkah untuk mengeluarkan wang.kerana pada ketika itu aku memakai jubah,wang di zipkan di dada ,di dalam saku baju singlet .Lapisan ketiganya terdapat sweeter berlengan pendek dan di lapisan keempatnya akan memakai baju sejuk. Cuaca memang sejuk semasa kami mula-mula sampai di Medinah.Dengan berpakaian begitu,susah sedikit hendak aku keluarkan wang.
Malang nya ketika aku menoleh kearah lelaki itu kali kedua,beliau telah pun menghilangkan diri.Aku rasa bersalah dan menyesal.Di saat itu juga persoalan berligar- ligar dikepala ku.Manusiakah dia atau pun melaikat....
Aku terus menadah tangan memohon keampunan dari Allah dan berharap Allah dapat menemukan aku dengannya selepas solat nanti.Hendak aku hulurkan wang yang dimintanya .
Para jemaah sedang berasak keluar masid
Aku gagal menemuinya dan aku terus diburu penyesalan
Lewat petang itu akau bersama iateri melangkah keluar dari Hotel Al Haram menuju Masjid Nabawi untuk menunaikan solat maghrib dan Isya.
Bersama isteri tersayang di hadapan pintu besar masjid
Sebaik sahaja kami melangkahi kaki lima, isteriku ku meludahkan airliurnya ke tepi jalan.Kami terkejut kerana airliurnya bercampur dengan darah Hampir satu cawan banyaknya. .Aku mencadangkan supaya ia pulang ke bilik hotel ,namun ia berkeras hendak terus juga ke masjid Setelah berkumur dengan sedikit air zam-zam yang aku bawa bersama, kami melangkah menhju masjid...Isteriku nampak lemah sekali.Aku cukup bimbang!
Allah sahaja yang tahu perasaan hati aku.Semuanya bercampur bimbang dan harap.
Seperti biasa , setelah selesai solat Isya,aku menunggu isteriku di ruang hadapan tandas perempuan No 4.
Tandas No 4,tempat aku menunggu isteri setiap waktu selesai solat
Hati ku berdebar dan terasa mukaku begitu pucat apabila tiba-tiba sebuah ambulan masuk menuju ke arah pintu besar para jemaah perempuan.Aku jadi serba salah.Apakah isteriaku kah yang akan di bawanya.? Pengsankah dia atau.....macam-macam tekateki berada di kepalaku.
Aku nampak ramai kaum wanita berkerumun di sekitar ambulan yang kemudiannya terus bergerak kelaur dari kawasan masjid.Aku kira nanti kalaulah benar sangkaanku bahawa isteriku yang di bawa pergi..Pegawai tabung haji sudah pasti menghubungi aku di hotel nanti.
Selah berada di situ hampir tigapuluh minit, isteriku akhirnya berjalan perlahan-lahan keluar dari pintu besar menuju ke arahku.Syukur Alhamdullilah. Maklumat yang aku terima kemudian mengatakan wanita Pakistan yang di bawah ambulan tadi.
Perasaanku lega..Aku pegang tangan isteriku erat-erat.Terasa hendak aku peluknya di situ.Di saat itu air mata mencuri keluar dari mataku.Terasa betapa sayangnya aku pada isteri.
Menuju tempat bertemu suami
Dalam melangkah menuju kembali ke hotel,aku tertanya-tanya sendirian,apakah natijahnya berkait dengan kegagalanku memberi wang kepada lelaki tadi.Manakah yang lebih aku sayang,wang atau isteri ? Aku telah diuji !
Sesungguhnya Allah amat penyayang.Aku bersyukur kepadaNya kerana menyelamatkan kami dan kami telah banyak belajar dari kesilapan-kesilapan yang ada.
No comments:
Post a Comment