Pemandangan di luar Masjid Nabawi pada waktu malam
Kami bertolak dari Makkah pada jam 8.30pagi dan tiba di Madinah pada jam 3,30 petang iatu setelah menempuh perjalanan melalui padang pasir,dan jalan yang berbukit -bukit selama hampir tujuh jam..
Di hadapan salah satu pintu masuk ke Masjid Nabawi
Tiang-tiang yang besar menguncup dan mengembang membentuk payung besar yang meneduhkan persekitaran di luar Masjid Nabawi
Suasana teduh ....
Di Madinah, Jemaah kami (KT66) ditempatkan di Hotel Al Haram,hanya beberapa meter sahaja dari salah satu pintu besar Masjid Nabawi.Semasa " check in" di hotel,azan Asyar bergema tetapi kami tidak terus ke masjid kerana urusan memunggah beg dan sebagainya belum selesai Kami mendirikan solat jama' akhir di hotel.
Pemandangan yang menghala ke Makam Rasulullah SAW(Di bawah kubah hijau)
Pancutan air di kota Madinah
Di lewat senja itu ,pertama kali kami melangkah menuju Masjid Nabawai untuk mendirikan solat maghrib dan Isya'.
Cuaca sejuk dan sehubungan itu aku terpaksa mengenakan jeket.kami terpegun melihat keindahan Masjid Nabawi. Sejuk mata kami melihat persekitaran yang cantik dan sejuk juga hati kami merasai kelainannya. Tersentuh betul melihat keunikan binaan luaran dan dalaman.Tiang-tiang yang beribu jumlahnya, Besar dan dihiasai warna keemasan,.Lampu- yang tergantung,cantik dan beraneka bentuk..Lantai mesjid keseluruhannya ditutupi permaidani. Angin sejuk berhembusan keluar dari bahagian bawah tiang-tiang besar

Suasana sungguh nyaman dan tenang!
Sesugguhnya, semasa sujud dilantai masjid buat pertama kalinya ,amat terasa yang diri ini kerdil dan pasrah kepada ketentuan Allah.
Sejuknya Madinah ketika itu,terutamanya di waktu mendirikan solat subuh.Jiwa kami jadi lebih tenteram dan mudah tersentuh.
Allahhuakbar!
Keindahan Masjid Nabawi pada waktu malam bermandikan
cahaya lampu
No comments:
Post a Comment