Lopat tike
Bunyinya seakan-akan satu teknik dalam gerak Kung Fu atau Silat.
Tetapi ia sebenarnya adalah sejenis makanan popular di Kelantan sejak zaman berzaman.
Entah bagaimana nama itu diberikan tidak diketahui asal usulnya .Ia sudah menjadi sebati dengan hidangan tengahari,petang atau malam sebagai dessert atau pembasuh mulut.
Kompoisisi utama Lopat Tike
Lopat tike mengadungi 3 komposisi utama iaitu tepung beras,pulut dan krim santan pekat disertai manisan cair. Rasanya enak , manis dan lemak.
Ia boleh di dapati di kebanyakan pasar,gerai-gerai makanan dan direstoran tertentu.
Apabila bungkusan dibuka....
Yang menarik ,lopat tike mempunyai kompoisisi tiga warna;hijau ,merah dan putih.
Antara tempat-tempat di mana lopat tike boleh didapati ialah di pasar malam, dan di dalam pasar di kebanyakan tempat di Kota Bharu dan di pasar-pasar di seluruh negeri Kelantan.
Membeli lopat tike di Pasar Berek 12
Antara lokasi utama untuk mendapatkan lopat tike ialah di Pasar Siti Khatijah dan di Pasar Berek 12, di Kota Bharu .
Di Pasar Berek 12 ,lopat tike hanya boleh di peroleh dari jam 9.30 pagi dan ia akan kehabisan dalam tempoh 2 atau 3 jam sahaja.
Lopat tike memang enak di makan bersama keluarga dan lebih menarik lagi jika di hiasi dengan air batu parut atau kiub ais.
Kini tepat pada masanya pakar-pakar makanan di negeri Cik Siti Wan Kembang berusaha untuk "upgrade" lopat tike , memberi persembahan yang lebih baik,gubahan dan cara hidangan dan promosi serta iklan yang menyeluruh supaya lopat tike akan berada setanding dengan "desserts" popular dari barat.
Banyak lagi makanan tradisional yang boleh berjalan seiring dengan lopat tike seperti Jala Emas, Tepung pelita , nasi kaya, rotijala ,tahi itik dan sebagainya.
Malangnya kebanyakan makanan kita ini menjadi seperti "melukut ditepi gantang "bila di bandingkan dengan pizza,burger,hotdog,nuggets dan seumpamanya yang berasal dari barat.
Justeru makanan kita ini menerima nasib seperti yang dikatakan pepatah;"Kera dihutan disusui,anak diriba di biarkan..."
Salam Pok Cik Y ....
ReplyDeletesokmo kalu kelik , mesti gie Berek 12 ni semato mato nok beli lopak tikae' nie. Tepak lain x brapo sedap supo tepak kak ros nie....
Salam kembali pB,
ReplyDeleteBetul lah tu kat lain tak sama dengan hok di B 12 tu, kalu boleh buat sendiri.Mana tahu ia lebih sedap....cubalah !