Diantara hobi yang aku suka ialah mengumpul dan menyimpan barang-barang lama yang terdiri dari pasu bunga,tempayan,balang dan piring tembikar dan sebagainya.
Hampir setiap satu daripadanya mempunyai latarbelakang atau sejarahnya tersendiri. Sehingga kehari ini ia masih segar dalam ingatan
Hampir setiap satu daripadanya mempunyai latarbelakang atau sejarahnya tersendiri. Sehingga kehari ini ia masih segar dalam ingatan
Ini asalnya adalah hiasan lampu meja yang dihadiahkan oleh adikku yang masa itu mengikuti suaminya tinggal di Beijing. Lukisan tangan di sekelilingnya halus dan indah.
Dan yang ini juga dari Beijing yang mengandungi lukisan halus dan menarik.
Piring kecil ini hanya berukuiran 14 sentimeter sahaja yang aku perolehi disebuah kedai di Pasir Puteh sebulan lalu. Ia dihiasi dengan gambar lukisan tangan dua ekor ikan. Ini adalah salah satu barangan antik yang aku sayangi .
Ini adalah sebenarnaya bekas air.Terdapat paip kecil ditepi sebelah bawahnya .(Kini sudah tiada lagi) .Ia adalah milik ibuku dan sentiasa bersama keluarga sejak aku berusia enam tahun lagi.Di tepinya terdapat lukisan tangan pemandangan yang berwarna warni.Tapi telah lama luntur dan aku gantikan dangan warna gelap.Ia pernah di simpan dibawah rumah.Aku memungut dan memulihkannya.
Ini pula tempayan besar peninggalan ibu mertuaku.Warna hijau nya menjadikan ia kelihatan segar.Aku jadikannya hiasan untuk meletakkan bunga-bunga di bilik tamu.
Sekali pandang ia kelihatan seperti '"The Leaning Tower of Pisa'' ,tapi ia sebenarnya adalah salah satu hasil rekaan anak bongsu kami semasa menuntut di UITM. Bahagian atasnya sengaja dicondongkan untuk menarik perhatian.
Yang ini adalah pemberian adik perempuanku yang mengikuti suaminya tinggal di Iran sebelum berpindah ke Beijing. Lukisan dan tulisan khatnya sungguh menarik .
Dan yang ini adalah cenderahati dari adik perempuan yang menetap di Kuala Lumpur yang di berikannya i pada tahun 1976.
Apa yang tersimpan bukanlah hanya untuk hiasan semata-mata ,tetapi sebagai lambang kasih dan ingatan mesra ibubapa,keluarga dan kenalan dimana jua berada.
tempaye ijau tu sama dgn peninggalan arwoh maa kito..dulu wat boh air wat mandi..lani dah terbiar...
ReplyDeletemcm kita jugok..dimakan usia makin ditinggalkan...
Tempaye hijau tu boleh jadi kembar hak kita agaknya , macam kembar siam!.Dulu ia juga duk di bilik mandi.
ReplyDeleteKita ni pun walaupun dah tua,kalu kena duduk dan baik peranannya , masih sangat diperlukan Bak kata oghe,tidak hilang bisa ular yang menyusur akar....