Dalam perjalanan menuju ke Taman Perbandaran Tengku Anis
Petang itu,23hb,Jun,2010,(Rabu), aku berpeluang buat pertama kalinya mengunjungui Taman Perbandaran Tengku Anis,yang terletak di pinggir Bandaraya Kota Bharu,bandaraya Islam. yang pembukaan rasminya telah dilakukan oleh Ke bawah Duli Yang maha Mulia,Tuanku Sultan Ismail Petra pada 4hb.sepetember 2004.
Laluan pejalan kaki yang menghijau
Sebaik sahaja menjejakkan kaki ke dalam Taman itu ,aku terasa satu kelainan .Terasa amannya keluarga bersama anak-anak melakukan berbagai akativiti,jauh dari kesibukan kota.Taman ini sebenarny terletak tidak jauh dari Tanjung Chat dan bersebelahan dengan Kampung Wakaf Mek Zainab dan Taman Bendahara..
Pancuran air yang menarik
Selain dari kawasan permainan dan kolam mandi yang amat cetek untuk kanak-kanak kemudahan untuk berjalan kaki dan berjogging disediakan.
Kanak-kanak ditemani ibubapa bermain riang
Apa yang menarik,ramai kanak-kanak yang diiringi ibubapa riang melakukan berbagai aktiviti.
Mandi- manda di kolam air pancur yang cetek
Ternyata taman ini dapat mewujudkan "Suasana kekeluargaan" dan "ketenangan".Anak-anak dan remaja berpeluang bersama kelurga masing-masing berkongsi masa bermain dan bergaul sama.Ini adalah salah satu ciri penting dalam membangunkan anak-anak dan remaja,membentuk dan mendidik jiwa untuk menghayatai ketenangan dan kegembiraan dalam hidup.
Remaja berehat sambil menikmati makanan ringan
Namun jauh di beberapa sudut terdapat anak-anak berjalan dan ada yang duduk bersendirian. tanpa di temani ibubapa.Mungkin ibuabapa mereka masih sibuk berkerja atau berada dalam perjalanan pulang....justeru anak-anak meluangkan masa lapang mereka sendirian!
Bermain dengan rusa di Taman Rusa
Sebenarnya ,di Taman beginilah anak-anak,remaja dan keluarga boleh berkongsi masa,rasa dan pengalaman.Sekurang-kurangnya mereka diajar untuk mencintai dan menghormati alam sekeliling,memiliki perasaan halus dan sensitif.Ini Penting kepada pembinaan watak dan peribadi yang baik,tenang tetapi responsif !.
Laluan untuik berjogging
Sayangnya,ketika orang lain bebas menikmati persekitaran begini,masih ramai lagi anak-anak dan remaja dikonkong jiwa mereka oleh sikap pesimis keluarga terhadap kemudahan yang disediakan di taman begini.
Hijau dan teduh
Masih ramai anak-anak dan remaja terhalang dari mempelajari , memahami dan menikmati keindahan sesebuah taman permainan akibat kejahilan ibubapa dan sifat tamak mereka mengejar kepentingn diri sendiri
Peringatan di segenap sudut pejalan kaki
Akibatnya, anak-anak dan remaja membesar dan tidak tahu serta pandai menilai erti sesebuah taman !
salam ...
ReplyDeleteseandainya ummi berkesempatan ke sana , teringin sekali nk gi tempat tu ...
Salam Ummi,
ReplyDeleteJust give me a call, boleh lah temankan Ummi
dan keluarga.....