Followers

Tuesday, September 21, 2010

Ada ketikanya

   

                                                Wajah kegembiraan ketika bertemu         
  Setiap kali apabila menyambut Aidilfitri  (Setelah selesai berpuasa sebulan pada bulan Ramadhan) keluarga jauh dan dekat bersua muka ,bersalaman dan berbual mesra di tengah-tengah hilaian dan teriakan anak-anak kecil. Itulah saat yang paling mengembirakan,cukup nostalgik terutamanya  apabila sanak saudara yang  sudah begitu lama terpisah bertemu kembali.

                                                            ketawa dan hilaian mesra                          
  Dalam dakapan mesra dan gengaman tangan yang erat airmata turut menitis,suka bercampur duka !

  Yang begitu lama terpisah  sehingga wajah dan tubuh tidak mudah  dikenalpasti, pada ketika itulah persaan kekeluargaan terjalin semula.


                                                     Dakapan kasih dan sdayang                      
   Amat ternyata di saat-menyambut Aidilfitri 2010,ada ketikanya perasaan kasih dan sayang dicurahkan tanpa segan silu.Dakapan  erat  mengembalikan kemesraan di masa  silam.

  Ada ketikanya khabar berita mengenai ahli-ahli keluarga saling bertukar pandangan dan yang paling teruja ialah apabila mengingati mereka yang telah lama  pergi,kembali ke rahmatullah.Terasa benar kehilangan ibu dan ayah tersayang dari kedua-dua belah pihak baik suami  mahu pun isteri.Sesekali terbayang saat mereka ada bersama , berbicara dan  mengilai ketawa.

  Kini hanya tinggal kenangan mengamit rasa.

  Ada ketikanya ,terasa kita  pun tidak lama  lagi akan menyusuli mereka juga. Kini hanya dibezakan dengan batas-batas waktu yang semakin singkat.Mengingatkan ini selera makan kueh raya  terhakis,hilai ketawa akan diselaputi rasa hiba dan  kerap disusuli rasa sunyi bila mengingati mati.

   Ada ketikanya disaat-saat begini,diri terasa  berada begitu hampir dengan Allah .  

   Justeru  itu, Kemeriahan Aidilfitri ternyata hanylah  satu peralihan waktu !

2 comments:

  1. KIni Syawal sudah berlalu & Zulkaedah sudah mari. Hari ini 10.10.10 ramai yang buat kenduri kawin. Yang penting buatlah kebajikan dan jauhi maksiat. Dambakan redha Allah pada setiap ketika.

    ReplyDelete
  2. InsyAllah kita sama-sama mencari keredhaanNya.Sebaik mungkin jika tak ke Tanah suci,banyakkan program menziarahi kaum keluarga dan sahabat handai...terutamanya yang telah berumur!

    ReplyDelete