Halaman baru ...tiada lagi air dan perahu
Halaman asal.....Terpaksa berperahu melalui halaman rumah yang
ditengelami air...menuju ruang tangga (23 Januari 2001)
Rumah Keluarga - Rantau Panjang
Dulu...rumah keluarga ini menjadi tumpuan semua ahli ,sahabat dan kenalan.Ada yang tinggal berdekatan dan ada yang datang jauh dari luar Kelantan
Kami masih ingat, pernah satu ketika dulu Yang Berhormat Saudara Annuar Ibrahim (ketika itu Menteri Pelajaran)) datang menziarahi keluarga kami. Dr.Wan Azizah mempunyai pertalian keluarga dengan kami.Izzah yang dibawa bersama masih kecil ketika itu dan tidur di atas katil kayu buatan Thailand di bilik tidur bersebelahan ruang tamu.
Selalunya ,....ketika berlaku banjir ahli keluarga datang berkumpul .Di halaman rumah airnya naik hingga keparas pinggang Ada ketikanya ia sampai keparas dada Di situlah anak-anak bermandimanda dan bermain perahu !
Kini segala-gala nya hanya tinggal kenangan.......Menjadi memori sepanjang hayat.
Rumah keluarga itu sudah tidak ada lagi.Persekitarannya yang redup dan menghijau juga tidak kelihatan.Rumah kayu yang didirikan berpuluh tahun yang lalu telah dirobohkan. Kawasan sekitar yang dibarisi pokok buah-buahan juga telah diratakan. Yang ada ialah beberapa buah bangunan batu dalam pembinaan.Ia telah menjadi premis baru Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang 2.
Setiap kali kami melalui kawasan ini , timbul perasaan sedih bercampur suka.Sedih kerana yang lama sudah hilang dari pandangan mata....Ia begitu nostalgik! Suka , kerana pembangunan pesat yang sedang berlaku telah melakar sejarah baru di kawasan itu.Anak-anak akan membanjirinya untuk menimba ilmu.
Jerik pekik dan hilai ketawa mereka akan memecah kesunyian yang kami telah tinggalkan sekian lama disitu.
'
Sekurang-kurangnya 'nilai sentimental' yang ditanggung oleh setiap ahli keluarga yang masih ada dapat diimbangi dengan kemeriahan anak-anak yang akan belajar dan bermain di sekolah yang baru itu nanti.
Di situ.....masa hadapan mereka jauh lebih bermakna dari hanya untuk kami mandimanda dan bermain perahu di musim banjir !
Rumah Keluarga vs individu rakus
Kami masih ingat........
Sejak sekian lama rumah keluarga telah menjadi sasaran beberapa individu rakus.Ini berpunca dari perbezaan fahaman politik. Dengan perkataan lain, keluarga yang mendiami di situ hendaklah dinyahkan- pindahkan mereka ke tempat lain!
Walau bagaimana pun usaha individu rakus itu tidak berjaya seratus peratus.Hanya sebahagian dari tanah di sekitar rumarkeluarga itu berjaya diambilalih untuk projek kerajaan. Kawasan tanah yang dipenuhi pokok buah-buahan itu digondolkan.Ianya dijadikan padang permainan untuk kegunaan murid-murid. di sekolah berhampiran
Rumah keluarga masih ada,dan terletak di kawasan tanah yang sempit. ia tidak diusik!
Malangnya,saban petang,padang permainan itu dikuasi anak-anak muda yang bermain bola sepak. Selalunya mereka beraksi disitu walaupun azan maghrib sudah selesai dilaungkan!
Beberapa tahun berlalu ... sehinggalah kedua-dua ketua keluarga yang sudah uzur meninggal dunia,keadaan mula berubah..
Sekali lagi , individu yang rakus berusaha dan akhirnya berjaya mengambil alih kesemua kawasan tanah..Kawasan itu kemudian dibangunkan.Beberapa buah bangunan batu didirikan untuk membentuk Sekolah Kebangsaan 2 , Rantau Panjang.
Sayangnya 'Padang Permainan/sukan" yang dibina dulu sudah hilang,ditimbusi tanah-tanah.Hilai ketawa murid-murid yang bermain disitu diwaktu lapang atau semasa rehat sudah tidak kedengaran lagi.
Dan,,,yang lebih menghairankan,di sekitar Pekan Rantau Panjang masih terdapat beratus hektar bendang-bendang kosong.yang terbiar Mengapa tidak di jadikan tapak baru Sekolah Kebangsaan? Mengapa nak berebut-rebut kawasan yang sempit . Kalau Mesjid Cina boleh didirikan dikawasan baru dan stretegik-yang boleh jadi landmark kepada bandar Rantau Panjang. Apakah tidak ada alternatif lainuntuk projek sekolah baru tadi?
Aku rasa di kawasan bendang yang kosong terbiar tadi usahkan dibina bangunan atau komplek sekolah baru,padang permainan yang luas,,,,malah nak dibina padang untuk helikopter mendarat pun boleh...Senanglah tokoh-tokoh pemimpin atau koporat datang menjengok dan menghulurkan bantuan !
Secara lojik dan saintifiknya, lokasi baru seperti itu adalah praktikal.Namun ia tidak menjadi.........aku pun tak faham lagi ?
Kata setengah orang , "there...must be somethimg wrong..... somewhere !
Bagi aku, anak-anak perlu di beri kan tempat bermain/bersukan yang lebih selesa somewhere...supaya nanti tumbuh "A healthy body in a healthy mind "di mana-mana sahaja.
Tindakan yang dicetuskan oleh generasi terdahulu mungkin merupakan satu kesilapan yang "disengajakan" atau mungkin kerena "kecuaian" dipihak " nation builders"
Apa-apa pun ,pembangunan yang sihat amatlah perlu.
Bagi aku lagi,yang sudah itu sudah tertinggal dibelakang, yang esok memerlukan perancangan yang cukup teliti dan adil.
Rumah keluarga yang amat disenangi itu sudah hilang bersama dalam lipatan sejarah./ Namun memori orang-orang yang pernah melalui sukaduka bersamanya disitu kekal.
Yang baru muncl dimana-mana .... meninggalkan yang lama jauh dibelakang...
Dan yang lama......itulah Aku!