Melukis adalah kegemaranku sejak dari masa kecil lagi.Setelah menjejakkan kaki ke Sekolah Menengah aku mula mengikuti sessi latihan melukis yang di kendalikan oleh Cikgu Nik Mahmood,seorang pelukis terkenal di Kelantan.Setiap pagi sabtu kelas diadakan di bangunan Kesatuan Guru-guru Melayu ,di tengah-tengah bandar Kota Bharu Kelantan
Bakat yang ada aku gunakan untuk melukis portrait buat rakan-rakan sekolah,melukis backdrop untuk pementasan drama dan merekabentuk tanglung untuk perayaan menyambut Hari ulangtahun kemerdekaan Malaysia.Boleh dikatakan sebahagian ruang bilik darjah di hiasi dengan hasil lukisan ku.
Dalam kenangan."Backdrop"yang aku
hasilkan masih jelas kelihatan (1962)
Ini adalah antara portrait yang aku
hasilkan menggunakan cat minyak (1968)
Lukisan dinding yang menghiasi ruang
makan rumahku.
Pengalaman melukis tidak dapat di perolehi oleh semua orang.
Tidak lama selepas itu aku mengikuti bimbingan secara peribadi dengan seorang pelukis,Abang Ismail di rumahnya di Jalan Hulu Kota.Di setiap petang Jumaat akau menghabiskan masa menerima tunjuk ajar dari nya terutama dalam melukis portrait.
Bakat yang ada aku gunakan untuk melukis portrait buat rakan-rakan sekolah,melukis backdrop untuk pementasan drama dan merekabentuk tanglung untuk perayaan menyambut Hari ulangtahun kemerdekaan Malaysia.Boleh dikatakan sebahagian ruang bilik darjah di hiasi dengan hasil lukisan ku.
Dalam kenangan."Backdrop"yang aku
hasilkan masih jelas kelihatan (1962)
Aku melukis hanya sebagai satu hobi.Tidak terlintas difikiran ku untuk menjadi pelukis,
Malang sekali banyak hasil lukisanku dihadiahkan kepada rakan-rakan sekolah.Aku tidak menyimpan koleksi karyaku.Hanya ada satu dua yang mempunyai sentimental valuenya aku simpan sehingga ke hari ini.
hasilkan menggunakan cat minyak (1968)
Walau bagaimana pun hobi ini berterusan apalagi setelah aku mengikuti kursus pilihan Visual Arts pada tahun pertama semasa di USM dulu.
Melukis memberi keseronokan,kepuasan dan ia amat mencabar perasaan dan mental seseorang terutama apabila sesuatu karya terpaksa memakan masa yang lama untuk disiapkan.Semua itu aku lalui.
Lukisan dinding yang menghiasi ruang
makan rumahku.
Pengalaman melukis tidak dapat di perolehi oleh semua orang.
Ia kaya dengan nilai sentimental, spiritual, artistik, ekspresi dan kemanusiaan.Memang berbaloi jika seseorang itu meneruskan minat dan berjaya menjadi seorang pelukis dengan memperolehi pendapatan yang lumayan.
Aku tidak dilahirkan untuk menjadi pelukis seperti itu.
Aku hanya melukis apabila merasa sesuati keindahan terpancar dari dalam diri.
Sesumgguhnya Allah mencipata keindahan dan Allah suka pada yang indah!