Followers

Wednesday, May 20, 2009

Nilai yang semakin hilang


Semalam...dan hari ini aku telah membaca berita -berita berikut....
.

HARIAN MERO-20./5/2009

Tengkuk mangsa samun dipulas hingga patah

KOTA BHARU: Hasil bedah siasat wanita warga emas yang ditemui mati di rumahnya di Kampung Sireh Bawah Lembah, dekat sini, kelmarin mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat lehernya dicekik dan tengkuknya dipulas hingga patah.


Lepas nafsu celah batu

KUANTAN: Kegiatan maksiat membabitkan pasangan kekasih yang tidak segan silu bercumbu termasuk mengadakan hubungan seks di kawasan pantai Teluk Cempedak dan Teluk Tongkang, di sini, semakin menjadi-jadi menyebabkan ramai pengunjung menyuarakan tidak puas hati dan meminta pihak berkuasa agama segera memantau lubuk maksiat itu.


BERITA HARIAN - 20/5/2009

Van kebal pun tak selamat

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan van kebal syarikat keselamatan sekali lagi dipersoalkan apabila lapan karung berisi RM8.24 juta yang baru dikutip dari beberapa mesin ATM dan deposit lesap dalam masa lima minit apabila dirompak di Cheras, malam kelmarin.



Samseng jalanan bukan mat rempit

KUALA LUMPUR: Polis mahu istilah mat rempit ditukar kepada samseng jalanan dan akan mencadangkan supaya kesalahan itu dikenakan hukuman lebih berat, termasuk penjara mandatori.


NEW STRAITS TIMES-19 MAY,2009

AN UNEMPLOYED man repeatedly punched the face and slammed the head of his girlfriend's three-year-old son against the door frame, causing him to suffer a head injury.

On the day he slammed the boy's head, he had also grabbed, shaken
and bit his genitals. Two days earlier, he had forcefully hit the child's head with his fist when he kept crying and refused to let him towel dry him.

The boy was certified brain-dead on Jan 18 last year - four days after he was taken to KK Women's and Children's Hospital where he died. He was found with multiple injuries of varying ages on his face, head, trunk, limbs, abdomen, genitals and back. There was widespread bleeding in the eyes.

The Star on line-Thursday May 21, 2009

Man on drugs murders five-yr-old, mom and maid

Three people, including a 42-year-old woman and her youngest child, a five-year-old boy, were brutally murdered during a robbery at heir house in Taman Pinji Seni in Ipoh. A 26-year-old suspect, believed to have been under the influence of drugs, was apprehended by two passers-by.

Sinar Harian-Jumaat,22/5/2009

Ibu paksa anak tiri makan najis
DAMANSARA - Gara-gara enggan tidur petang, dua beradik disebat dengan
penyangkut baju sebelum dipaksa minum air kencing dan najis ibu tirinya.

Dalam kejadian yang berlaku di Apartmen Desa 1 di sini, dua beradik
itu masing-masing berusia enam dan 10 tahun dikatakan mula didera makan najis dan menghirup air kencing ibu tirinya sejak Sabtu lalu.


........................................................


Kemanusiaan ,dalam apa bentuk sekalipun menjadikan kita manusia,
punya emosi, khayalan, sek, pendapat dan cita-cita.
Tanpanya kita akan
menjadi makhluk sebaliknya .


Media juga berperanan menghubungkan masyarakat dengan pelbagai kejadian dan contoh kehidupan. Masyarakat merasakan bahawa sebarang gangguan atau kehilangan kemanusiaan boleh menganggu semua emosi, fikiran serta ketenangan masyarakat seluruhnya.

Namun media juga semakin berani dan terang-terangan memaparkan warna-warna kehidupan yang tidak bermoral,tidak beretika dan akhir-akhir ini secara terbuka membunuh "sensitiviti masyarakat".

Rasa keimanan, moral dan kasih sayang perlahan-lahan dipadamkan dari hati nuraini masyarakat Nillai-nilai itu tadi banyak diselewengkan dan dikotori.Nilai sebenar kasih sayang dalam masyarakat telah banyak mengalami "distortion".Ianya sudah semakin hilang.

Kasih sayang,,perasaan hormat mmenghormati mula diterima sebagai satu "kebendaan " untuk memuaskan nafsu semata-mata. dan bagi tujuan dagangan. Media tampil untuk mengisahkan kasih sayang dan rasa hormat ahli-ahli dalam masyarakat sebagai strategi dagangan guna menambahkan lagi kekayaan dan keuntungan material .Ini berlaku tanpa menghiraukan kesudahannya kepada orang ramai. Secara sedar atau tidak,masyarakat mulai "hilang sensitivitinya" terhadap apa sahaja berita atau peristewa.Hasrat untuk menikmati kehidupan yang "aman dan murni " mula jadi igauan.


Pernah ada ketikanya ""pihak yang berkuasa" mengedarkan "kondom" secara percuma bagi melegakan kehidupan masyarakat.Ia tiada kesan sampingan , malah boleh membantu individu lari daripada emosi serta pengalaman yang tidak diingini oleh diri mereka dalam mengejar"kebahagiaan"hidup. Ramai yang menggunakan kaedah ini dan ini mengambarkan adanya proses "menyahkan"orangramai dari kemanusiaan kerana mereka boleh menyimpang dari sebarang perasaan negatif,emosi dan rasa takut untuk memikul tanggungjawab.

Sekian lama pula fikiran anak-anak muda dkawal dan dibentuk serta disalurkan untuk melihat dunia mengikut cara "pihak yang berkuasa".Kita masih ingat slogan "Malaysia boleh!".Segala-gala nya boleh!.

Kita menghangatkan kejahilan,keganasan dan ilusi anak-anak muda sia-sia dizahirkan.Semua ini bertujuan mempengaruhi fikiran anak-anak muda supaya menyokong "pihak yang berkuasa" ,bukan melalui rupa bentuk mereka,tetapi menerusi hati dan roh mereka supaya menjadi seperti yang dikehendaki oleh "pihak yang berkuasa "..Terlalu banyak rancangan hiburan di televisyen dan di akhbar-akhbar serta majalah mendokong konsep ini.Akhirnya jiwa anak-anak muda dibunuh!

Remaja dibiarkan bebas tanpa banyak kawalan,mengambil dadah, berfoya-foya,melakukan kegiatan sek bebas,mengambil minuman keras, merempit dan berlumba haram. Ramai yang tidak tahu sopan santun dan berbudi bahasa. Ramai yang rosak akidah dan tidak tahu mengerjakan ibadah.

Walaupun mereka boleh dikawal,tetapi corak kehidupan liar mereka dibiarkan.Mereka banyak tidak diganggu atau disekat selagi mereka tidak memberi"ancaman" keapada ""pihak yang berkuasa".

Inilah yang terajadi dan akan terus terjadi,apabila ahli-ahli masyarakat tidak lagi dapat mengawal dan mengatur kehidupan anak-anak muda mereka dengan baik. Kekecewaan terbayang di wajah orang-orang tua. Mereka merenung jauh kehadapan,cuba mencari nilai apakah yang patut diterapkan kedalam diri anak-anak mereka sebenarnya.

Mereka sebenarnya berada dalam "pencarian".mencari nilai hidup yang banyak telah mereka sendiri ketepikan.Kasih sayang dan pengorbanan yang sepatutnya ditumpukan kepada anak-anak,banyak dihabiskan untuk memenuhi kepentingan orang-orang dewasa.Sememangnya,dalam masyarakat begini nilai-nilai yang patut dipertahankan,digilap kedalam diri generasi muda beransur-ansur hilang.

Sesungguhnya kehilangan nilai "kemanusiaan"semakin dirasai namun tidak banyak usaha-usaha besar diajalankan untuk memulih atau mengembalikannya .

Dalam kegigihan membangun negara,memajukan masyarakat,dan memperkasakan diri setiap warga negara,dicelah-celahnya terdapat hakisan yang sangat drastik terhadap nilai-nilai kemanusiaan.

Itu lah nilai yang semakin hilang!












Sunday, May 17, 2009

Di antara dua "Gaduh"


Gaduh 1

Biasanya perkataan "Gaduh" membawa makna huruhara,berkelahi atau bertengkar. Setiap hari kita mendengar atau mungkin melihat ada sahaja manusia bergaduh.Ia berlaku atas berbagai sebab berpuinca dari kerenah hidup seseorang atau kumpulan.

Berita orang "bergaduh" seringkali menjadi liputan berita-berita utama akhbar dan televisyen.Masyarakat sudah lali dengan berita-berita seumpama ini terutamanya yang berkait dengan unsur-unsur jenayah.

Walaubagaimana pun kejadian "Gaduh" yang berlaku di dalam Dewan Undangan Negeri Perak pada 7hb Mei 2009 telah menarik perhatian banyak pihak. Kejadian itu bukan sahaja membawa kepada implikasi perundangan tetapi juga kepada moral ,pendidikan ,kemanusiaan , agama dan adat istiadat.

Anak-anak muda melihat gelagat manusia dewasa "bergaduh" untuk mendapatkan kuasa secara rakus. Seolah-olah tidak ada
titik tolak untuk penyelesaian mudah. Kita teringat bagaimana si ibu ketam mampu mengajar anak-anaknya berjalan betul,jika beginilah caranya yang sedang berlaku. Tidak hairanlah di suatu hari nanti anak-anak menjadi lebih berani,lebih hebat dan lebih bijak untuk "bergaduh". Sikap permisif orang-orang dewasalah yang mengajar mereka.
Rasa malu atau aib, sikap tidak menghormati peraturan yang mereka sendiri cipta dan sikap sukar menerima pendapat orang lain ,terutamanya dari rakyat bawahan menjadikan orang-orang dewasa ini yang bergelar "Pemimpin" semakin angkuh dan sombong dan buta kepada realiti hidup "Bermaruah". Jika dulu ada pepatah Melayu mengatakan; "Tidak akan hilang bisa ular menyusur akar" tapi terbukti kini bisa itu menjadi semakin terhakis.

Akibatnya ,senario "Gaduh" yang dipaparkan menjadikan rakyat,terutama golongan muda malu untuk menzahirkan rasa hormat dan rasa kagum kepada tokoh politik yang angkuh dan sombong,pegawai-pegawai kerajaan yang "bias" dan pihak perundangan yang terlalu banyak "dalihnya".

Bila kita mejenguk jauh diluar,rakyat diberi kebebasan dan hak untuk bersuara, anak-anak muda berani mempersoalkan masa depan mereka dengan lantang dan keadilan dipertahankan tanpa menjatuhkan maruah negara dan institusi raja mana yang ada. Perpaduan tetap ujud juga bila tiba masa yang memerlukannya!

Di sini lakunan "Gaduh" yang dipaparkan mengambarkan seolah-olah "para pelakun " (yang sebelum ini telah menghafal skripnya) telah bersuara sumbang,tanpa nada tanpa seni.Lakunannya tidak real dan ikhlas kerana ia semata-mata mengharapkan upah dan jiwanya hampa kerana tiada respon dari para penonton.Tiada sorakan dan tepukan. Para penonton lebih lega jika wang mereka dikembalikan. dan mereka diberikan kebebasan untuk memilih lakunan yang berkualiti ,hasil dari geraklakun pelakunnya yang menjiwai para penonton.

Apakah kita masih ingin menonton lakunan Si Luncai !


Pelakun: "Si Luncai terjun dengan labu-labunya.."
Penonton:"Biarkan....biarkan...! " '

..................................................

Gaduh 2

Gaduh juga membawa erti tergesa-gesa,gopoh,ingin segera atau bersusah-payah. Dalam dialek masyartakat Kelantan ucapan begini seringkali kita dengari:

" Guana nak gaduh-gaduh ni." (Apa pasal nak cepat-cepat ni)
" Tak payah gaduh-gaduh la.." (Tak usah persusah payah lah..)
" Ambo gaduh sikit hare ni." (Saya nak segera/cepat sedikit hari ini.)

Dalam pengajian ilmu agama,apa bentuk "Gaduh" yang diamalkan merupakan amalan yang dipengaruhi oleh syaitan. Tindakan gaduh selalunya akan menyebabkan berlakunya akibat yang tidak baik.Seorang yang gaduh atau gopoh gapah memandu akan membahayakan diri sendiri ataupun orang lain. "Gaduh" dalam mengambil tindakan atau keputusan boleh menyebabkan kekeliruan dan kekecohan. Pendek kata "Gaduh" seumpama ini tidak digalakkan.


Walau bagaimana pun,Islam menggalakkan atau membenarkan 5 tindakan "Gaduh"berikut dan ia tidak di anggap amalan yang dipengaruhi syaitan iaitu;

1. Menjamu tetamu.
Segera memberi makan atau menghidangkan tetamu dengan makanan.

2. M
engkebumikan jenazah.
Segara dalam mengkebumikan jenazah si mati.

3. Mengawinkan anak gadis.
Segera mengawinkan anak gadis sama ada dengan pilihannya
sendiri atau
dari pilihan kedua ibubapanya.

4 Melangsaikan hutang.
Segera membayar hutang sebelum datangnya ajal.

5. Bertaubat.
Segera memohon taubat dari Allah apabila melakukan dosa
terutama
dosa-dosa besar.


Dalam dunia yang berada dalam era "Gaduh" ini, kita lah yang perlu membuat pilihan. Gabunagn di antara emosi dan akal perlu bagi mengenalpasti apakah tindakan "Gaduh" yang diambil itu meletakkan kita dalam keadaan selamat dunia dan akhirat !.