Sudah berpuluh tahun aku menjadi pendidik , dan menempuh pelbagai ragam hidup,namun
suasana hidup hari ini adalah lebih tenang,lebih bererti dan rasa dilimpahi banyak rahmat.
Bezanya ialah sesudah berbelas tahun bersara,aku kini menjadi "Baby sitter" kepada cucu lelaki yang memasuki usia dua tahun.
Dari sinilah bermulanya lembaran hidup baru dan kini menjadi rutin harianku. Satu susungalur hidup yang aku rasa tidak semuanya boleh dinikmati oleh
semua orang .Ia memerlukan keyakinan ,keikhlasan,tenaga dan istiqamah yang berpanjangan serta berterusan.Malah jika disalahurus akan menyebabkan berlakunya
konflik keluarga dan lebih-lebih lagi konflik diri. Sehingga kini aku yakin dapat mengatasinya dengan izin Allah.
Rutin harianku bermula jam 5 pagi.Aku dan isteriku biasanya melakukan solat-solat sunat sementara menuggu azan subuh.Setelah selesai solat sunat subuh dirumah kami terus ke masjid berhampiran.dan setengah jam kemudian telah pun bergerak kerumah anak perempuan kami,hampir tujuh kilometer jauhnya
untuk mengambil cucu lelaki bersama dua orang kakaknya..Sebelum jam 7 pagi kami sudah pun melepasi simpang lempu isyarat yang paling sibuk untuk
menghantar kedua-dua orang kakaknya ke sekolah.sebelum pulang bersama cucu kerumah kami.Biasanya sekitar jam 7.30 pagi kami sudah pun berada
dirumah dan bermulalah tugasan harian rasmi kami.
Tugas ku menemani,melayan dan bergaul dengan cucu dan menidurkan nya sekitar jam 9.00 atau 10.00 pagi.Tugas isteriku menyediakan minuman susu,
memandi dan menyalin lampin dan pakaianya.Jelasnya sebahagian besar masa , akulah yang lama berada bersama cucu dan mengikuti segala kerenahnya.
Adakalanya aku ikut bermain sorok-sorok dengan nya,berbaling-baling bola dan bantal serta sekali sekali mengiau memanggil-manggl kucing!.Pendek kata
kami berkongsi kelakuan dan tingkahlaku yang sama.
Penat,tapi aku bersyukur kerana Allah memberikan aku kesempatan untuk bersama dengan cucu lelaki.(Ketiga-tiga kakaknya sebelum ini
pun membesar bersama kami) .Malah kami tidak pun terasa membosankan melakukan kerja-kerja begini. sebaliknya ujudnya keceriaan,hilai ketawa dan
gurau senda kami bertiga. Aku sering membayangkan betapa sunyi ibu dan ayah yang sudah tua ditinggalkan di rumah-rumah kebajikan,tanpa hilai ketawa
bersama anak dan cucu. Syukurlah Allah memberikan rahmat untuk kami menikamati saki baki hidup bersama anak-anak dan cucu.