Kali ini aku terpanggil untuk menulis lagi tetapi bukan soal pelancongan,kisah diri,hobi atau perjuangan hidup,tapi tentang kematian. Biarpun adakalanya cerita tentang kamatian tidak seenak cerita sek atau cerita-cerita romantis,aku bertekad hendak menulisnya juga.
Masih aku ingat dengan jelas,malah selalu segar dalam ingatan hari-hari kamatian yang datang menjenguk ayahku di penghujung usia nya sesudah sakit berbelas-belas tahun lamanya. Zamanya yang suka berkerja kuat,
kegigihannya turut bejuang dalam politik Islam dan minatnya membawa anak-anak melawat serta menziarahi keluarga di kampung juga telah berakhir.
Saban hari ia bersandar di kerusi roda melihat keluar rumah,mengagak-agak siapa yang bakal datang menjenguknya hari itu.Sekali sekala ia berbaring,tidur dan berehat seolah-olah menebus balik masa tidur dan rehat yang jarang dimilikinya semasa aktif dulu.Ia akan bangun dan mergerjakan solat sambil duduk di tepi katilnya bila tiba waktunya.
Di sepanjang waktu begini ,ibu lah yang menjadi teman dan pelayan setia.Makan minum ,mandi , kencing dan marahnya semua ditanggung dan diuruskan oleh ibu. Ibu tidak pernah berkerut dahi walaupun dalam keadaan
mukanya yang pucat (mungkin kerana tidak cukup tidur) ia sekali sekala membayangkan keahampaan kerana semua anak-anak tidak tinggal serumah.Masing-masing sudah berkeluaraga dan mempunyai rumah sendiri,termasuk aku.Separuh dari lapan orang anak-anak menetap di Kuala Lumpur. Anak-anak akan datang menjenguk dan berbual mesra dengan ayah,di hari minggu atau di waktu lepas kerja.
Rasanya ,akulah yang kerap datang mejenguknya beberapa hari seminggu di saat akhir hayatnya.Gerak hatilah yang menjadikan aku begitu.Itu sememangnya dari Allah. Selalunya kami makan bersama dan sebelum ia tidur ,
ayah banyak bercerita mengenai pengalamanya di zaman Jepun ,tentang susurgalur keluarga dan kisah lucu (semasa berkhidmat di istana Balai Besar).
Sudah menjadi kebiasaan atau rutin,setiap minggu,khasnya pada malam khamis dan jumaat,selepas menghadiri kuliah agama di masjid berdekatan, aku akan singgah menjenguk ayah.