Seperti juga orang lain aku ingin memiliki sebuah rumah untuk keluarga berteduh.
.
Bemula dengan sedikit wang aku mengupah dua orang tukang rumah untuk memulakan pembinaan tiang asas.
Dan kemudiannya membina dinding bata setinggi dua setengah kaki.Aku belajar membina dinding dan selama lapan bulan aku telah berjaya menyiapkan seluruh dinding rumah " single handed " Sesudah itu barulah bingkai pintu dan jendela dipasang oleh kedua-dua orang tukang.Dalam tempoh dua bulan tingkat atas disiapkan dan dinding kayu serta jendela dirpasang.9
Selepas ini siling dan cermin jendela di tingkat atas akulah yang menyiapkannya.Berminggu- minggu aku bertungkus lumus melakukan kerja-kerja itu seorang diri.Aku berpegang kpada kata-kata ;"kalau hendak seribu daya" dan" dimana ada kemahuan disitu ada jalan".
Sebenarnya rumah aku belum siap dan sempurna seluruhnya tetapi aku sekeluarga telah berpindah masuk walaupun jendela terpaksa di tutup dengan kepingan papan. Api letrik dan air di salur dari rumah jiran sebelah rumah.
Bertahun-tahun aku bertungkus 3lumus.Alat binaan dan peralatan yang berkaitan aku beli sedikit demi sedikit bak kata pepatah " sambil menyelam sambil minum air".Di tahun ke lima barulah kerja- kerja mengecat aku lakukan.
Dalam jangka masa hampir lapan tahun baru rumaku 90% 'siap.Lepas itu dalam tiga empat tahun aku siapkan porch dan serambi tambahan yang kenudiannya diubah jadi bilik oval untuk tetamu.Dalam tahun 2000 aku bina kolam ikan, ruang taman hijau dan air terjun.
Kawasan lapang sekeliling telah pun dipenuhi pelbagai pokok tanaman seperti pisang,mempelam, kelapa, dokong dan rambutan serta manggis.
Aku tidak menetapkan budget sebenar pembinaan.Semua sebahagian besar pendapatan gaji dan perolehan sampingan serta sebahagian wang kwsp aku gunakan untuk menyiapkan rumah idamanku.Kadangkala aku merasa rumahku adalah hasil titik peluh , tenaga serta airmataku.
Alhamdullillah dengan sokongan serta bantuan isteri dan ketiga- tiga anakku "rumah idaman" telah menjadi kenyataan.Lebih kurang 50% dari kerja pembinaan adalah dari hasil titik peluh aku sendiri.
Dan sehingga kini aku berura-ura dan merancang untuk membesarkan serta mengubasuai ruang dapur dan membina ruang solat disebelahnya.
InsyaAllah setiap masa dan ruang waktu aku gunakan sepenuhnya untuk melengkapkan rumah idamanku disamping mengabadikan diri sepenuhnya untukNya.....sehingga nanti aku akan dijemput kembali kepadaNya !
No comments:
Post a Comment