Followers

Wednesday, October 28, 2009

Pudding "Cocktail"

Adakalanya  hari-hari atau masa yang terluang tidak dibiarkan berlalu begitu sahaja.
Tindakan  aku ialah mengisinya dengan hobi yang sedia aku miliki. Antara  hobi yang paling aku  suka ialah menyediakan "Cocktail Pudding".

                                                         
Aku bukanlah seorang chef seperti Chef Wan atau Chef Ismail.Resipinya aku hafal dai pemberian kakak bertahun-tahun yang lalu . Jadi setiap kali bila terasa hendak makan pudding aku begegas ke dapur dan dalam masa setengah jam "Cocktail pudding"  itu  akan siap.
                                                                            


                                                           Hidangan pudding yang jadi "Favourite"anak-anak


Aku sukakannya kerana  sebab-sebab berikut:
  • Bahan-bahan nya mudah didapati dan tidak mahal.
  • Enak bila di makan - adakalanya menjilat jari.
  • Rupanya menarik dan menyelerakan .
  • Ia dah jadi "Favourite" menu untuk hari raya.
  • Tidak pernah menjemukan.
  • Dapat simpan lama - sampai dua minggu lebih.
  • Dah jadi soalan jolokan " Ada Cocktail pudding  ke raya ni?"
  • Banyak khasiatnya.
  • Ia adalah "The best among the best"pudding..

                                                                Pudding  "Cocktal"yang sudah siap

         {Maaf,resipinya tak ditulis disini,kalau ada permintaan,.email sahaja !}

       Selain  "Cocktail pudding" , pudding"Allerking Nenas" juga cukup di gemari keluarga setiap kali aku
menyediakannya. Begitulah juga dengan pudding "Tapai"

       Sebenarnya aku lebih suka  belajar dan meyediakan semua jenis pudding dan kueh-kueh tradsional
Melayu  .

       Yang 'Ironinya" aku seorang lelaki yang sudah berumur lebih separuh abad dan anak-anak perempuan aku bersama ibunya selalu menuding jari kepada aku bila tiba hari raya."

       "Itu tugas abah buat pudding !".



                                                                Hidangan untuk "Hari Raya"
               
        Aku  seronok menerima tugasan sedemikian I

        Itu memanglah  hobi aku !.
        

8 comments:

  1. salam.. saya suka makan je benda ni.. nk buat x tahu.. respek la kat saudara. masih ada kesempatan dan minat dalam bab masak memasak ye.. tentu isteri senang hati bila sama2 masuk dapur kan?

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas komen saudara.Sebenarnya saya bukan pakar dalam bidang itu.Tapi tugas itu dah jadi tradisi dalam keluarga.

    Selain pudding,saya diberi tugas "menjala" di dapur.Maksudnya membuat "roti jala" ketika menyambut hari raya.Suasana di dapur beselerak sahaja .Selalu kena marah si isteri.Nasib...nasib!

    Tentang gulai dan laukpauknya,itu tugas isteri.
    Adilkan!

    ReplyDelete
  3. kalau dah blh bikin roti jala n puding tu dh kira pro la tu.. jarang2 blh tgk orang laki duk dapur tlg isteri.. nnt saya pn nk amalkan mcm saudara probakti buat ni..mungkin sejuk hati isteri tengok kita sama2 kat dapur.. kalau bab sepah tu mmg tu keje orang laki.. mmg sepah habis la bila kita orng laki kasuk dapur..hahhaa

    ReplyDelete
  4. salam cikgu yamen
    amboiii beruntungnyaaa ler anak2 ada abah yg reti masak...tabik spring ambo.. tp puding tu meme sedakkkk kat umoh ni pon kalu buat gak semetar jah licin .

    ReplyDelete
  5. Walaikumusalam MrsNor'
    Terima kasih.Lama rasanya tak denge kaba.
    Sebenarnya ambo ni taklah reti sangat bab memasak.Pakai hentam kromo aje.Belah tangan kacau adunan,belah lagi pegang buku resipi.Tu lah jadi berselerak dapur.

    Ingat nak buat pudding jenis lain,kalau dah banyak,tu boleh lah tukar denge pitis lama hak gambar oghe tua atau rama-rama....kah...kah

    ReplyDelete
  6. Salam..nmpk best je puding koktail..puding koktail ni same dgn puding triffle x??nanti nk cuba buat puding koktail plk..pasti sama sedap dgn puding roti marble..x pun mgkn puding koktail cg ni lbh sedap dr puding roti marble..nk tau kena la cuba..hehee...

    ReplyDelete
  7. Salam..best nye klu dapat pandai buat puding..ayah saya masak pu tak reti..tapi klu bab makan puding mmg dia expert..hehe

    ReplyDelete
  8. Waalakumussalam,terima kasih.
    Tak pe lah tu,dia pandai make pun jadilah.Demo lah yg patut masak.Ayah mungkin pandai dalam bab lain.Kita masing2 ada "bakat"...bakat tependam.Tapi kalau kita biarkan lama sangat.... ia tengelam!

    ReplyDelete