Sudah setahun lebih aku berada di Kota Bharu,belajar dan bermain. Dan yang lebih utama mula merasai suka duka hidup dalam kota.
Seperti juga yang dialami sebelum ini,keluarga ku berpindah lagi. dan kali ini ke sebuah bandar pelabuhan(kecil) dan terminal Keretapi Tanah Melayu di utara Pantai Timur. Itu lah bandar Tumpat.
Dari Kota Bharu kami menaiki feri atau bot penumpang ke Palekbang,stesyen keretapi untuk Kota Bharu.Perjalanan mengambil masa lebih kurang tigapuluih minit.Kemudian kami menaiki keretapi untuk sampai ke Tumpat.Kini kita boleh sampai ke Tumpat dengan kereta melalui Jambatan Sultan Yahaya Petra.
Aku dimasukkan ke darjah empat,Sekolah Melayu Tumpat manakala kedua-dua orang kakakku ke darjah lima di sekolah yang sama tetapi di bangunan sebelah yang terletak ditepi padang dan hanya dikhaskan untuk murid-murid perempuan sahajai
Lambaran baru dalam perjalananku yang jauh bermula lagi dan kali ini di bandar pesisiran pantai yang banyak keunikannya.Bayu dari laut,dan bunyi ombak disebelah benteng pasir menghadapi jeti menenangkan hati kami. Suasana seperti di Bachok kembali semula,hanya bezanya di sini teriakan keretapi selalu memecahkan kesunyian malam atau kesepian waktu petang.
Keadaan laut di sekitar yang berlumpur tidak sesuai untuk mandi manda.Pantai yang bersih dengan ombaknya yang berguluing-gulung hanya dapat di nikmati di sebelah benteng pasir yang jauh ,membujur di hadapan jeti.Kini ia tidak kelihatan lagi kerana ditumbuhi pokok--pokok yang semakin banyak.
Rumah sewa kami terletak di kawasan yang terkenal iaitu di Kubur Dato ia itu di sebelah Kampung Dalam Rhu.Ia hanya beberapa meter sahaja dari landasan keretapi yang menghala ke terminal yang tidak sampai setengah kilometer sahaja dari rumah kami.Setiap hari dan malam lantai rumah bergegar apabila keretapi mel atau barang melepasi kampung Kubur Dato.
Pada sebelah malamnya sukar kami nak lelapkan mata.tapi lama kelamaan sudah jadi perkara biasa "Alah bisa tekal biasa?" Pengalaman dan kisah hidup sepanjang berada di Tumpat banyak memberi kesan.Sehingga kini setiap kali aku ke Tumpat amat terasa segala-galanya yang begitu nostalgik.
Di antara kenangan dan pengalaman indah aku ialah:
1. Etak - makanan kegemaran.
Hanya dengan berbekalkan lima keping wang siling lima sen. (Setiap keping nilainya satu sen) Aku dapat membeli lima bungkus etak yang di salai.Sebungkus harganya satu sen (Kini harga nya dua atau tiga ringgit) .Biasanya aku belanja rakan-rakan sebaya. Wang saku duapuluh sen untuk belanja di sekolah cukup untuk aku beli nasi,airbatu,kueh atau etak!
Hari ini wang sebanyak itu tidak banyak lagi nilainya.
2 .Bermain keretapi.
Tidak seperti anak-anak yang tinggal di bandar=bandar besar lain yang bermain permainan keretapi,kami juga bermain keretapi.Bezanya kami bermain dengan keretapi sebenar.Selalunya pada hari minggu aku dan kawan-kawan berlari-lari naik dan turun kereta api yang sedang bergerak perlahan dikawasan terminal.Selaunya ketika itu gerabak-gerabak akan disusunatur untuk perjalanan seterusnya.Perasaan takut serta cemas tidak ada lagi.
Ada ketikanya kami sama-sama membantu peniaga-peniaga buah-buahan mengangkat dan menyusun bakul-bakul yang penuh berisi buah .Sebagai ganjaran ami di berikan setangkai dua buah-buhan seperti rambutan ,langsat dan ada kalanya buah durian. Pendek kata,makan percumalah ketika itu.
Memang seronok berbuat bakti begitu kerana ada ganjarannya
Hanya hiasan:Ini bukanlah wajah "Burung Pacat" yang sebenarnya.
3. Burung Pacat.
Selalunya pada musim tenkujuh burung-burung pacat dari pulau-pulau berdekatan menjadi mabuk laut dan banyak yang terbang menuju ke bandar Tumpat untuk berlindung. Pesta mengejar dan memburu burung-burung pacat bermula.
Aku pernah ikut penduduk yang berpesta begin tetapi aku tidak pernah dapat menangkap seekor burung pun. Aku ikut seronok bila melihat dan berkongsi gelagat penduduk.Ada yang merempuh pagar,ada yang melompat masuk melalui tingkap rumah penduduk ,ada yang menyorok kebawah rumah,memanjat pokok dan sebagainya, semuanya untuk menangkap burung pacat!.
Adakalanya aku rasa simpati melihat burung pacat keletihan dan panik dikejar penduduk yang berjumlah hampir lebih dua puluh orang yang terdiri dari orang dewasa,remaja dan kanak-kanak.Riuh rendah kampung jadinya.
Yang aneh,setelah selesai drama kejar mengejar,penduduk secara bergotong
royong membaiki semula pagar-pagar buluh yang rosak kena rempuh.Ada yang mengisi semula air di tempayan yang tumpah kena rempuh .Alangkah murninya jiwa orang-orang begini. Aku lihat keadaan begini masih diwarisi anak-anak di bandar kecil Tumpat hari ini.
Jauh sama sekali bezanya dengan "Mat Rempit" di jalanan!.
4. Taman permainan dekat jeti
Setiap petang,terutamanya dihujung hari minggu taman permainan kecil yang terletak dekat dengan jeti menjadi kunjungan ramai remaja dan kanak-kanak bersama keluarga mereka.Itu sahaja yang ada pada masa itu di Tumpat.Aku sering ke situ pada sebelah petang hari minggu.Ramai yang bermain dengan kemudahan yang serba terhad. Paling menarik ialah bermain buaian yang talinya panjang melebihi dua meter.
Di antara pengunjung yang paling suka bermain buaian di situ ialah seorang gadis kecil yang tinggal di Kampung Tanjung Duff ,berhampiran dengan taman itu.Aku selalu kagum melihat kebolehannya menghayun buaian sambil berdiri. Keriangannya dan kelincahannya membuat aku seringkali terpesona . Boleh dikatakan setiap kali dia beraksi dibuaian,Aku lah yang jadi penonton setianya. Aku mula terasa amat sayang kepadanya.Tapi aku malu dan tidak pernah bertegur sapa dengannya.Dia adalah adik kepada seorang murid yang lebih senior daripada aku. yang kemudian jadi kenalanku. Kawan aku yang masih ada sehingga kini di bandar itu.
Gadis itu lama kemudiannya telah berkahwin dengan seorang rakyat Brunei dan menetap disana.
Bandar Tumpat hanya mengamit kenanagn-kenangan lama.
.
4.. Pilihanraya pertama Tanah Melayu.
Setiap hari kami mendengar lagu PilihanRaya berkumandang di radio.Tanah Melayu akan mengadakan Pilihanraya pertama.Rata-rata harapan terbayang di wajah penduduk akan perubahan dan kemerdekaan yang bakal dinikmati.
Tetapi sesudah limapuluh tahun,masih banyak infrastruktur dan persekitarannya
masih kekal pada takuk yang lama !
.....................................................
Walau bagaimanapun aku belum merasa riang menghadapi hari-jari muka kerana ayah telah memberitahu yang kami akan pulang ke kampung ibuku.Kami akan berpindah tidak lama lagi. Kami baru hampir setahun tinggal di Tumpat.Terasa berat hati nak berpindah apa lagi meninggalkan taman kecil di dekat jeti itu!
Aku tidak lagi berkesempatan melihat gadis comel dibuaian itu lagi.Kenangan di Tumpat berlalu dengan begitu cepat. Namun, setiapkali aku ke sana, nostalgia terhadap masa lalu terubat!
Limapuluh tahun kemudia kami bersua tanpa didiuga bila aku menziarahi rumahnya bersama isteriku ketika ibunya baru sahaja meninggal dunia
Memang benar kata orang, dunia ini sebenarnya kecil. Kami ada hubungan kekeluargaan rupanya. Ibu saudaranya adalah isteri kepada bapa saudaraku.
Itulah kali pertama kami bercakap dan berbual.Dialah gadis yang aku sayangi dulu rupanya!
Kemeriahan di taman kecil di dekat jati lama satu ketika dahulu kembali semula kedalam ingatanku.

Sesungguhnya Allah amat Pengasih dan amat Mengetahui !