Akhir-akhir ini ribut seringkali terjadi dan mencemaskan.
Pada 8hb.Oktober,Jam 3.30 petang. (Sehari sebelum aku ke KL) aku berada di halaman rumah kerana mengiringi anak perempuan dan cucu kami yang hendak beredar pulang ke rumah mereka..Ketika itu langit mendung menandakan ribut akan berlaku. Aku mencapai kamera dan menghambil beberapa gambar "suasana" menjelang nya rtibut.

Ribut dalam bentuk garisan melintang
Awam hitam berubah bentuknya
Gambar pertama dan kedua menunjukkan suasana langit yang menandakan akan berlakunya ribut.Bentuk dan rupa awan amatlah menarik.Tetapi pada gambar yang berikutnya aku dapat melihat bentuk-bentuk awam yang agak ganjil.Jelas kelihatan soalah-olah wajah seorang lelaki merenung kami.Aku hanya menyedari keadaan ini semasa menyalin gambar itu ke komputer.
Apakah ini satu khayalan atau penglihatan kabur aku. Entahlah.
Secara sepontan aku teringat kepada "Amaran" Allah tentang ribut.
Hayatilah bacaan dalam video di atas.
Allah berfirman:
" Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan - (mu) - dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan? " (Surah Al.Mulk:Ayat 3}
dan
" Atau patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Allah yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu; maka dengan itu, kamu akan mengetahui kelak bagaimana buruknya kesan amaranKu? " (Surah Al-Mulk-Ayat 17 }
Apa yang aku lihat adalah tanda-tanda kebesaran Allah.,yang Maha Suci dan Maha Mengetahui !
Semoga tanda -tanda begini akan selalu mengigatkan kita tentang Allah dan kesudahan yang bakal kita semua akan hadapai di hari akhir nanti !