Followers

Monday, February 21, 2011

Sehari di resort adik kandung.



Suasana laut di awal pagi
                                                                                            
   Sudah begitu lama aku tidak ke Sudara Beach Resort di Telong,8 km dari Tok Bali meskipun jarak resort itu dari  rumahku tidaklah  begitu jauh.
                                                 
Di dalam "Dorm"
                                                                                                                                             

  Hari itu,Khamis 3hb Mac 2011 bersamaan 29hb Safar.1432,sempena cuti Tahun Baru Cina,anak-anak dan cucu berkumpul.Mulanya mereka  merancang hendak ke Trengganu tetapi aku mencadangkan Sudara Beach Resort kerana perjalanan ke situ hanya akan memakan masa setengah jam sahaja dari rumahku .Lagipun resort itu kepunyaan adik kandung aku sendiri.
                                                                            
Bermain dengan siput dan anak ketam
 
  Disebabkan kesemua bilik resort telah dipenuhi,kami akur dengan tawaran dua bilik "Dorm".Tiap-tiap satunya mempunyai lima "double decker".Yang penting ianya hanya untuk tidur dan meyalin  pakaian mandi.Keselesaan seperti yang terdapat dibilik-bilik  resort lain seperti tv dan beranda tidak terdapat di dorm.Sistem hawa dingin yang dibekalkan sudah memadai.
Menghirup udara segar
                                                                               
Anak-anak perlu juga belajar sekali sekala menerima konsep hidup sedarhana.
Relek bersama anak
   Kedua-dua anak perempuan kami bersama dengan keluarga masing-masing telah bertolak awal tengahari khamis.Aku dan isteri bertolak ke resort itu  pada jam 9.30 malam selepas selesai menghadiri kuliah di masjid.
Bebas bermain di  pasir
        Malam itu  tiada aktiviti.BudaK-budak tidur lebih awal kerana keletihan Hampir sepetang itu mereka berendam di kolam renang.
Banyaknya siput
                                                            
Keesokan paginya,setelah selesai solat subuh di masjid yang dibina khas oleh pihak resort  dan  dihubungkan dengan sebuah jambatan besi,aku terus mengejutkan  budak-budak yang masih kesejukan supaya  bersiap sedia untuk ke tepi pantai.

           Di awal pagi itu,kami berpelisiran di tepian pantai sambil menghirup udara segar dinihari. Suasana memang indah dan mempersonakan (Ini tidak terdapat di Port Dickson  atau di Langkawi).Anak-anak bermain ,mengutip siput dan mengejar anak-anak ketam yang  masih kecil .Walaupun laut masih berombak,tetapi ia membadai pantai yang landai dengan lilihan air laut yang nipis dan lembut.

Kesejukan selepas mandi di kolam
                                                      
Sekembalinya dari pantai,anak-anak bermain di kolam renang,mandi manda dengan hilai ketawa.
Di kolam renang,
                                                       
Itulah yang mendamaikan jiwa kami. Dan itulah yang membuatkan kami  merasai bagaimana nikmat dan indahnya alam cciptaan Allah .Ia dapat memberi manfaatnya.Kami merasai cukup relek.
Di luar bilik "Dorm".Kelihatan jambatan besi untuk ke masjid.
                                                                          
Sayangnya,di tempat lain masih terdapat pantai-pantai yang  terlalu kotor dan berbau  bukan sahaja oleh sampah sarap tetapi dicemari oleh tin-tin kosong dan botol-botl arak yang ditinggalkan para pengunjung ,terutamanya dari kalangan para remaja dan anak-anak muda . Mereka telah menyalahgunakan keindahan pantai ciptaan Allah.
                            
Disinari  matahari pagi
                                                                
Senario begini tidak terdapat di Pantai Sudara Beach Resort !