Suasana laut di awal pagi |
Sudah begitu lama aku tidak ke Sudara Beach Resort di Telong,8 km dari Tok Bali meskipun jarak resort itu dari rumahku tidaklah begitu jauh.
Di dalam "Dorm" |
Hari itu,Khamis 3hb Mac 2011 bersamaan 29hb Safar.1432,sempena cuti Tahun Baru Cina,anak-anak dan cucu berkumpul.Mulanya mereka merancang hendak ke Trengganu tetapi aku mencadangkan Sudara Beach Resort kerana perjalanan ke situ hanya akan memakan masa setengah jam sahaja dari rumahku .Lagipun resort itu kepunyaan adik kandung aku sendiri.
Bermain dengan siput dan anak ketam |
Disebabkan kesemua bilik resort telah dipenuhi,kami akur dengan tawaran dua bilik "Dorm".Tiap-tiap satunya mempunyai lima "double decker".Yang penting ianya hanya untuk tidur dan meyalin pakaian mandi.Keselesaan seperti yang terdapat dibilik-bilik resort lain seperti tv dan beranda tidak terdapat di dorm.Sistem hawa dingin yang dibekalkan sudah memadai.
Menghirup udara segar |
Anak-anak perlu juga belajar sekali sekala menerima konsep hidup sedarhana.
Relek bersama anak |
Kedua-dua anak perempuan kami bersama dengan keluarga masing-masing telah bertolak awal tengahari khamis.Aku dan isteri bertolak ke resort itu pada jam 9.30 malam selepas selesai menghadiri kuliah di masjid.
Bebas bermain di pasir |
Malam itu tiada aktiviti.BudaK-budak tidur lebih awal kerana keletihan Hampir sepetang itu mereka berendam di kolam renang.
Banyaknya siput |
Keesokan paginya,setelah selesai solat subuh di masjid yang dibina khas oleh pihak resort dan dihubungkan dengan sebuah jambatan besi,aku terus mengejutkan budak-budak yang masih kesejukan supaya bersiap sedia untuk ke tepi pantai.
Di awal pagi itu,kami berpelisiran di tepian pantai sambil menghirup udara segar dinihari. Suasana memang indah dan mempersonakan (Ini tidak terdapat di Port Dickson atau di Langkawi).Anak-anak bermain ,mengutip siput dan mengejar anak-anak ketam yang masih kecil .Walaupun laut masih berombak,tetapi ia membadai pantai yang landai dengan lilihan air laut yang nipis dan lembut.
Kesejukan selepas mandi di kolam |
Sekembalinya dari pantai,anak-anak bermain di kolam renang,mandi manda dengan hilai ketawa.
Di kolam renang, |
Itulah yang mendamaikan jiwa kami. Dan itulah yang membuatkan kami merasai bagaimana nikmat dan indahnya alam cciptaan Allah .Ia dapat memberi manfaatnya.Kami merasai cukup relek.
Di luar bilik "Dorm".Kelihatan jambatan besi untuk ke masjid. |
Sayangnya,di tempat lain masih terdapat pantai-pantai yang terlalu kotor dan berbau bukan sahaja oleh sampah sarap tetapi dicemari oleh tin-tin kosong dan botol-botl arak yang ditinggalkan para pengunjung ,terutamanya dari kalangan para remaja dan anak-anak muda . Mereka telah menyalahgunakan keindahan pantai ciptaan Allah.
Disinari matahari pagi |
Senario begini tidak terdapat di Pantai Sudara Beach Resort !
salam....
ReplyDeletecantik dan bersih pantai di sana...
ummi dah lama tak bawa anak2 ke pantai....
Salam Ummi
ReplyDeleteKalau ke Kb,singgahlah rumah ambo,lepas tu kita ke Sudara Beach Resort.
Bawa semua anak-anak.