|
Perjalanan yang lambat mengikut arus |
Aku memang suka berkongsi dan dikongsi pengalaman. Memang benar jauh perjalanan,luaslah pengalaman.Pengalaman menjadikan kita semakin matang,mengerti kemanusiaan dan ketuhanan serta menghidupkan ikatan ukhwah.
Satu ketika dahulu ,aku menyertai sekumpulan sepuluh orang budak-budak pengakap bersama seorang gurunya iaitu dari kumpulan 26 Kelantan English School,Kota Bharu Kelantan mengembara dengan rakit di Ulu Kelantan.
|
Terkandas di atas pasir sungai yang cetek |
Tepat pada jam 6.30 pagi 8hb April 1969,kami telah menaiki bas di Jambatan Sultan Yahya Petra menuju Tanah Merah.Setibanya di Tanah Merah sejam kemudian kami besesak-sesak pula dalam sebuah bas yang lebih kacil menuju pekan Ayer Lanas dan seterusnya tiba di Jeli pada jam 12.15 tengahari.Dalam keadaan panas terik kami meneruskan pengembaraan dengan berjalan kaki menuju Kampung Lubuk Bongor yang jauh nya hampir 14 kilometer.Kami melalui jalan tanah merah yang baru di bersihkan dan terpaksa mendaki dan menuruni bukit serta menharungi Sungai di Cegar Bedil yang airnya deras sedalam separas pinggang.Yang jadi masalahnya ialah setiap orang terpaksa memikul hampir 15 kilogram barang makanan seperti beras,gandum,ikan kering,sardin,minyak masak,gula dan keperluan peribadi termasuk ubat-ubatan.
Kami keletihan dan walaupun jangkaan akan sampai di Lubuk Bungur jam 7.30 malam,kami semua mengambil keputusan mendirikan khemah di tengah hutan di Pasir Tia dan bermalam di situ.Keesokannya kami meneruskan perjalanan. dan tiba di Lubuk Bungur jam 11.30 tengahari.
|
Gambar kenangan di Air Lanas |
Berikut ialah ringkasan pengembaraan kami:
8hb April : Bertolak dari Kota Bharu.
9hb April: Tiba di Lubuk Bongor,dan mula membina dua buah rakit dengan buluh yang dibeli berharga 8 ringgit untuk sebuah.Kami berehat dan bermesra dengan penduduk kampung selama dua hari.
11hbApril: Selesai menunaikan Solat Jumaat, kami memulakan pengembaraan berakit pada jam 3.30petang.Setiap buah rakit menampung 6 orang,tiga di hadapan dan tiga di belakang.Lewat petang itu kami mendarat di Jerimbong dan bermalam di situ.Unggun api terpaksa dinyalakan sepanjang malam di hadapan khemah.
|
Bersama adik-adik di Kuala Balah |
12hb April: Meneruskan perjalanan dan tiba di Pekan Kuala Balah pada jam 10.10 pagi dimana kami membeli belah dan melapurkan diri di Balai Polis. (Keadaan Darurat masih dikuatkuasakan).Kami bermalam di situ.
13hb April: Memulakan perjalanan di awal pagi menuju Kuala Krai.Menempuh dua halangan yang besar.Pertama terpaksa menuruni jeram berbahaya di Cegar Bedil dekat Dabong dan keduanya melalui Lembah Pergau yang begitu dalam dan airnya berwarna kehijauan.Kami tidak dapat menggunakan galah dan hanya mengikut arus sungai.Tiba di Kuala Krai jam 6.30 petang dan bermalam di situ. Beberapa orang peserta belot, dan pulang ke Kota Bharu dengan bas .
|
Keadaan cemas semasa melalui jeram |
14hb April: Dalam kesamaran kabus pagi dan sungai yang begitu lebar kami bertolak dari Kuala Krai dan tiba di Temangan lewat petang itu dan kami bermalam di situ.
15hb.April: Bertolak dari Temangan di awal pagi dan meneruskan perjalanan sehingga waktu malam dari Kemubu menuju Kota Bharu.Malangnya rakit kami terkandas di atas benteng pasir di Lemal,Pasir Mas.Akibat keletihan dan tidak berdaya hendak menolak rakit,.Kami tidur sahaja di atas rakit..
|
Menolak rakit ketika menuruni jeram |
16hb April: Setelah mengambil sarapan pagi di Bandar Pasir Mas,kami bertolak menuju Kota Bharu.Pejalanan terlalu lambat kerana arus sungai begitu perlahan.Kami selamat sampai di Kota Bharu pada jam 4.45 petang. dan mendarat di Tambatan Di Raja .Pengembaraan berakit selama 6hari 5 malam berakhir.
|
Perjalanan yang sugguh memenatkan |