Followers

Monday, August 17, 2009

Besar sangatkah bahaya H1N1 ?

Setiap hari kita mendengar atau melihat berita tentang H1N1.Jumlah orang yang disyaki terlibat dan yang sudah dimasukkan ke hospital meningkat .Begitu juga jumlah kematian telah menunjukkan peningkatan yang ketara.Sehingga kini (18hb,Ogos) sudah terdapat 4,225 kes yang dilaporkan dengan 64 kematian.

Justeru pihak kerajaan telah merangka langkah-langkah seterusnya untuk mengatasi masalah jangkitan H1N1 dan sebagainya. Orang ramai pula semakin menunjukkan kebimbangan dan mula menggunakan penutup atau topeng muka apabila keluar rumah.Begitu juga para pelajar. Beberapa buah sekolah ditutup sementara apabila ada pelajarnya disyaki dijangkiti H1N1.

Hakikatnya, besar sangatkah bahaya jangkitan H1N1 ?

Meskipun ada yang terpaksa menerima risiko kematian. besar sangat kah kesan kematian itu kepada seseorang atau keluarga berbanding dengan dosa dan kelalaian dalam menjalani kehidupan masakini..

Yang mana lebih besar impaknya ,mati di sebabkan H1N1 atau mati disebabkan sifat ujub,riya' takabur,ghurur, gila kuasa,gila pangkat dan penyelewengan Apalagi mati kerana pengkhianatan terhadap agama suci Islam .?

Mati yang dsebabkan H1N1 tidak memberikan beban balasan diakhirat nanti.Bagaimanapun mati yang bersekongkol dengan sifat ujub,riya'. angkuh terhadap pandangan agama,gila kuasa ,gila pangkat dan penyelewengan atau rasuah akan memikul beban yang amat besar dan amat dahsyat sekali akibatnya.

Berita dan cerita-cerita mengenai H1N1 yang di perbesar-besarkan nampaknya berjaya mengalih pandangan umum,khasnya umat Islam terhadap fungsi ibadah.,lebih-lebih lagi tentang hidup sesudah mati.

Hebatnya berita-berita H1n1 ini sehingga ramai yang lupa dan tidak terasa ghairah hendak menyambut kedatangan bulan Ramadan yang mulia .Ketakutan terhadap H1N1 seolah-olah telah menghakis rasa takut atau bimbang terhadap kecuaian dan kesalahan yang biasa diamalkan pada bulan suci ini.

Ramai yang gagal dalam mengira "pahala" dan "keberkatan" bulan Ramadan,sebaliknya ramai pula sedang mengira-gira kesan dan akibat H1N1 sekiranya dijangkiti nanti.

Sifat-sifat ujub,riya',ghurur, gila pangkat dan gila kuasa adalah lebih besar impaknya ketika seseorng itu meninggal dunia.

" Sebesar-besar bencana ujub ialah bila seseorang itu bermegah-megah terhadap kemajuan usahanya,kerana pada sangkaannya bahawa ia telah berjaya dan maju,dan kerana itu pula ia telah menjadi kayaraya , padahal itulah yang dikatakan suatu kebinasaan yang jelas bagi dirinya".(Iman Ghazali-Ihya Ulumiddin)

Allah telah berfirman,maksud Nya;

" Dan mereka menyangka bahawa benteng-benteng mereka itu dapat meliandungi diri mereka dari kuasa Allah.Maka Allah menimpakan siksaanNya ke atas mereka dari jurusan-jurusan yang tidak mereka sangka-sangkakan" Surah Al-Hasyr; ayat 2)

Semoga kedatangan Ramadhan disambut dengan penuh keimanan dan keinsafan.