Sudah menjadi kebiasaan dan amalan yang baik untuk ziarah menziarahi sanak saudara jauh dan dekat.
Dua tahun yang lalu (2009)semasa kami mengerjakan ibadat haji di Makkah,kami berkesempatam ,menziarahi seorang ahli keluarga yang sudah berpuluh tahun tinggal di Makkah dan telah menjadi warga negara Arab Saudi. Kami di sambut mesra dan diraikan dengan hidangan nasi arab. Kenangan di rumah Mak Ngah Mah tidak pernah kami lupakan dan aku mencatatkan segala pengalaman menemuinya di dalam halaman sebuah blogku .
Dua tahun yang lalu (2009)semasa kami mengerjakan ibadat haji di Makkah,kami berkesempatam ,menziarahi seorang ahli keluarga yang sudah berpuluh tahun tinggal di Makkah dan telah menjadi warga negara Arab Saudi. Kami di sambut mesra dan diraikan dengan hidangan nasi arab. Kenangan di rumah Mak Ngah Mah tidak pernah kami lupakan dan aku mencatatkan segala pengalaman menemuinya di dalam halaman sebuah blogku .
Bersama Mak Ngah Mah di Makkah |
Baru-baru ini (November 2011) kami menerima berita tentang kepulangan Mak Ngah Mah ke Malaysia.Kami gembira dan ingin menemuinya .Aku memperolehi maklumat tarikh kepulangannya berserta nombor telefon.Kami berjaya menghubunginya pada suatu hari dan mecatat alamat tempat tinggalnya di Kelantan.
Pada suatu hari Sabtu,sebaik sahaja selesai menghadiri kuliah agama di sebuah Masjid di tengah-tengah bandar Kota Bharu,aku dengan ditemani isteri terus ke pekan Labok,berhampiran Macang untuk menemui Mak Ngah Mah. Tidak sampai pun sejam perjalanan,walaupun dalam keadaan hujan renyai-renyai, kami tiba di Labok pada jam 12.00 tengahari.
Dari rumah Mak Ngah Mah,berjalan menurun bukit |
Kami melalui jalan kampung dan sesudah dua kali kami berhenti bertanya penduduk kampung lokasi yang dituju,kami akhirnya tiba di halaman rumah tempat Mak Ngah Mah menginap.
Kami di bawa ke sebuah bilik di tengah ruang rumah kayu yang agak besar untuk menemui nya.Ketika itu ada beberapa orang tetamu di situ.Setelah memberi salam aku duduk di atas tikar dan memandang sekeliling .Tidak sabar hendak menentang mata Mak Ngah Mah.
Bersama Mak Su Mah di Macang. |
"Ini kah yang menalipon dan mencari Mak Ngah Mah semalam ? "wanita itu bertanya padaku.
"Ya, kami lah orangnya ..." aku menjawab selamba.Hati kecil ku membisik yang wanita itu bukannya "Mak Nah Mah "yang kami cari. Kami sudah tersalah orang !
"Mak Ngah Mah akan pulang ke Malaysia selepas musim haji ni nanti" sambungnya sambil tersenyum.Dia juga sudah pasti yang kami tersalah orang.
"Ambo ni anak angkat Mak Ngah Mah. Disini dan di Makkah ambo dipanggil Mak Su Mah .Lusa akan berangkat kembali ke Makkah ".
Sudah jelas kami tersilap.Patutlah semasa berbual ditelefon ia menyatakan yang dia tidak ingat namaku. Aku hanya senyum,dan cuba menyembunyikan perasaan.
"Mak Su tinggal berdekatan Masjid Jafali,tidak berapa jauh dari rumah Mak Ngah Mah."dia menyambung bicara dan kami terus berbual mengenai Makkah.
Kami menyerahkan sehelai kain sejadah untuk disampaikan kepada Mak Ngah Mah di Makkah dan meminta izin untuk pulang ke Kota Bharu setelah selesai menikamati sedikit kueh dan minuman air zam-zam.
Dalam perjalanan pulang ,kami saling berpandangan dan senyum sinis.Patutlah."Mak Ngah Mah" tu kelihatan lebih muda.Pengalaman yang sungguh melucukan.
Kami baru sedar di Kelantan panggilan nama "Mah" itu ada dua loghat yang berlainan.Pertama "Mah" dari sebutan contohnya "Rumah" dan kedua "Mah" dari sebutan contohnya "Mahkamah".
Ternyata "Mah" yang kami temui ini bukan lah " Mah" yang kami kunjungi di Makkah dulu .Walau bagaimana pun kunjungan kami itu tidaklah sia-sia.Banyak maklumat dapat kami perolehi tentang keadaan keluarga di Makkah.
Insyallah,bila berpeluang kami akan ke Makkah lagi dan kali ini kami akan meziarahi kedua-dua "Mah" dan "Mah" !