Semenjak di bangku sekolah lagi aku memang meminati seni dan hasil kreatif.
Aku belajar melukis dengan Cikgu Nik Mahmood ,seorang guru senilukis terkenal di Kota Bharu dan kemudian dengan Encik Ismail untuk melukis potret
Sudah banyak lukisan terutama pemandangsn dan potret aku hasilkan dan banyak pula hasilku itu diambil rakan sekolah serta kenalan.
Menjelang dewasa aku sudah mula jatuh cinta dengan DIY !.Aku melibatkan diri dengsn pelbagai kegiatan mencipta sendiri hasil seni kreatif dan kraftangan yang ada nilai- nilai astetika.
Ini adalah lukisan cat minyak pertama aku yang dibuat pada tahun 1965 dan karya khatayat Al ikhlas.
Aku mula meminati kerja merekacipta hiasan dalaman dan senibina bangunan.Dengsn itu aku membeli apa sahaja peralatan satu demi satu.Aku kira itu lebih baik dari mengupah tukang.
Ada sebuah meja tulis keluarga yang diguna sejak tahun 1951 aku sumpan fan kemudiannya aku ubahsuai menjadi meja console.
Beberapa rekabentuk hiasan dalaman seperti cermin besar, jendela bercermin dan siling sunken aku buat sendiri.Ia memberikan aku kepuasan personal..
No comments:
Post a Comment