Followers

Wednesday, May 6, 2009

Mencari Kebebasan

Buat beberapa hari yang lalu aku terkurung,
tidak bebas
untuk melakukan kesinanbungan menulis blog.Hari ini kurungan itu terungkai. Aku rasa lega dan mula menikmati kebebasan ,sekurang-kurangmya menulis
dan berbaicara lagi !

Mengikut Kamus Dewan (Edisi ketiga) , bebas bermakna tidak terhalang (untuk bergerak, bercakap dll),tidak terkongkong, terkurung,lepas, leluasa dan lepas daripada kewajipan (tuntutan ,ketakutan,hukuman dll) .Walau bagaimanapun , kebebasan mempunyai pengertian yang begitu luas dan bergantung kepada persepsi individu mengikut kategori hidup yang dijalaninya.

Kebebasan sentiasa dicari untuk dinikmati oleh setiap orang manusia sesuai dengan fitrahnya.Terdapat berbagai alasan mengapa hal ini terjadi.

Kebebasan sebenarnya adalah anugrah daripada tuhan ,Allah Yang Maha Esa. Manusia , bukan seperti makhluk lain .mempunyai kebebasan yang luas untuk dinikmati sesuai dengan akalnya. Sejak lahir mereka di kurniakan kebebasan dan akan berterusan sehingga akhir hayat.

Namun begitu , seringkali dalam mencari dan menikmati kebebesan
manusia melampaui batas yang telah ditentukan .
Akibatnya ada ketikanya manausia menjadi
lebih rendah diri dan darjatnya berbanding
dengan makhluk lain.

Kebebasan juga adalah diperlukan untuk membebaskan negara. Hanya setelah negara mencapai ,kebebasan atau kemerdekaan barulah kebebasan lain dapat dinikmati.Di sinilah serigkali manusia akan berjuang dan berkorban untuk negara tercinta.Chairil Anwar,dalam sajaknya Aku yang ditulisnya dalam zaman Jepun menggambarkan pemberontakan jiwanya,semangat hidup yang menuntut kebebasan ;

Kalau sampai waktuku
Ku mau tak seorang 'kan merayu
Tidak juga kau
Tak perlu sedu sedan itu
Aku ini binantang jalan
Dari kumpulannya yang terbuang
Biar peluru menembus kulitku
Aku tetap meradang menerjang
Luka dan bisa kubawa berlari
Berlari
Hingga hilang pedih peri
Dan aku akan lebih tidak peduli
Aku mahu hidup seribu tahun lagi.
(Dari :Gema Tanah Air)


Selain itu, manusia juga inginkan kebebasan demi untuk mencapai kebebasan diri iaitu untuk bergerak,bersuara,berpolitik, berkarya ,menulis dan mencipta.Paling agung ,bebas untuk menjalani hidupnya sebagai seorang insan bagi melaksanakan Ibadah menurut tuntutan Penciptanya.

Dalam satu artikel yang ditulis oleh Saudara Anual Bakry Harun, berjudul "Pendirian Nik Abdul Aziz Nik Mat ke-15 " (21.Julai,2004) antara lain menyebut TGNA berkata;

"Sama halnya dengan kebebasan iaitu kemampuan untuk melakukan
sesauatu tanpa batasan asal saja kebebasan itu tertakluk kepada peraturan
dan undang-undang yang ditentukan oleh agama,masyarakat dan negara.
Kata cerdik pandai ,kebebasan saudara bermula dari berakhir atau di hujung tamatnya kebebasan orang lain.Dan kebebasan saudara bermula dari penghujung tamatnya
kebebasan saya.Ia ada sempadan .Ia saling tidak merampas dan bertindihan."

Manusia juga dilihat mengejar dan mencari kebabesan kerana kebebasan itu sendiri mempunyai "unsur-unsur kegilaan ". Ada individu yang sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai rekod peribadi walaupun ia terpaksa berdepan dengan maut.Ramai yang telah terkorban dalam mengejar kebebasan begini biarpun umum menganggapnya sebagai "aktiviti gila" .

( Persembahan video di bawah ini adalah sekadar hiasan,untuk mempamerkan akibat mengejar kebabasan diri walaupun terpaksa mengundang maut)

Ada yang melakukan penerjunan bebas dari puncak gunung,dari kapal terbang atau dari manara pencakar langit.Ada yang berkurung dengan ular-ular bisa atau jenking kala. Ada yang menggunakan kenderaan untuk mempamerkan aksi-aksi bahaya dan sebagainya. Ramai yang menelan pil-pil dadah,semata-mata untuk bebas berkhayal dan bergaul yang akibatnya berakhir dengan jangkitan HIV.

Kebabasan! Dalam apa bentuk dan tujuannya
adalah
"Sesutu kebebasan yang ada hadnya"
(Freedom is a freedom with a limit)
Dan had itu dapat di ertikan sebagai
peraturan atau undang-undang
adat dan hukum hakam
disiplin dan kebiasaan
dan
yang paling atas
suruhan dan larangan tuhan,
Allah
yang mencipta makhluknya !


Kebabsan yang tidak mengambil kira akan HAD nya ,adalah kebebasan yang palsu.Manusia seringkali tertipu dan akan menerima kesudahan yang tidak akan memberikannya kebaikan yang mutlak baik di alam dunia apalagi di alam akhirat.

Kebebasan yang sebenar dan yang hakiki
ada pada milik dan kemahuan
PenciptaNya.