Followers

Tuesday, August 11, 2009

Antara tudung,hijab dan penutup muka

Allah telah berfirman,maksudnya:
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." Surah Al-Nur ;Ayat 31


Begini rupanya

Atau begini

Di dalam kehidupan wanita-wanita Islam, menutup aurat adalah wajib..Secara umumnya ada berbagai alasan mengapa memakai hijab atau tudung diamalkan dengan meluas pada masa kini baik di Timur atau pun di Barat , samada dikalangan wanita-wanita yang moden dan kaya,berpendidikan tinggi,yang hidup sedarhana,atau yang miskin.


Atas apa alasan pun diberikan,yang pentingnya ialah mereka berpegang dan mematuhi ajaran Islam,meningkatkan kekuatan iman dan taat serta patuh kepada perintah Allah.tuhan yang Maha Esa.


Sudah sekian lama pula,malah hingga ke hari ini masih ramai wanita yang mencemuh,menentang malah menolak pemakaian hijab atau tudung kerana berbagai-bagai alasan.Antaranya ialah:
  • Ia tidak sesuai dengan iklim panas.
  • Ia menyekat kebebasan atau liberalisasi wanita
  • Tidak menampakkan gaya seksual atau unsur feminin
  • Menganggu keselesaan di tempat kerja
  • Tidak diizinkan suami
  • Iman tidak terletek pada pakaian atau tudung.
Dan banyak lagi...

Hari ini keadaan telah mengubah segalanya.Dimana-mana kita melihat wanita,malah lelaki turut menutup muka mereka dengan penutup atau topeng muka.

Ini sekali gus menolak kesemua alasan diatas tadi.


Semuanya terjadi apabila wabak H1N1 melanda.

Berita Harian pada dan 11hb Ogos melaporkan;

PELAJAR Sekolah Menengah Presint 9 (2), Putrajaya memakai topeng penutup
muka ketika mengambil peperiksaan, semalam.

KUALA LUMPUR: Kerajaan menyediakan peruntukan tambahan RM20 juta bagi menambah stok bekalan antiviral Tamiflu dan Relenza sebagai langkah segera bagi mengawal penularan wabak Influenza A (H1N1) yang sehingga semalam mencatat 32 kematian dan 1,983 kes di seluruh negara.

Pemakaian penutup(topeng) muka adalah kerana sebagai langkah mengelakkan jangkitan H1N1.

Jelas bahawa manusia begitu takut dengan H1N1 berbanding dengan Allah!.sedangakan berlakunya wabak H1N1 adalah satu bala yang Allah turunkan keatas manusia akibat aktiviti dan kecuaian mereka sendiri.

Sekarang tidak kedengaran alasan mengapa harus atau wajib memakai tutup atau topeng muka.

Sudah terbukti dengan jelas pemakaian tudung,atau hijab lebih besar menfaatnya kepada wanita namun kedegilan dan kejahilan menghalang mereka dari menerima kenyataan ini.

Mereka yang sesat dihujung jalan,perlulah kembali ke pangkal jalan.

Itu sahaja jalan yang selamat untuk hidup di dunia dan di akhirat.

Dan beruntunglah wanita yang berjaya meningkatkan keimanan dan ketaqwaannya sebagai bakal menjadi para ibu yang boleh membimbibng anak-anak dengan sempurna berlandaskan Al-quraan.

Para ibu seharusnya berbangga apabila ada kata-kata bahawa "Syurga terletak dibawah tapak kaki ibu"

Buktikan keikhlasan serta kejujuran memakai tudung,hijab atau topeng/penutup muka itu sebenarnya kerana Allah, kerana H1N1 itu juga datang dari Allah !

Takutkan Allah mengatasi segala ketakutan pada yang lain !