Kenangan 1950,di tengah-tengah...Itulah Aku
" Diculik makhluk asing! "
" Diculik makhluk asing! "
Bagi aku,....pengalaman lama terutama semasa masih kecil amatlah berharga,ia indah dan kaya dengan nilai-nilai estetika.Dalam apa keadaan sekali pun, sekali sekala ia mecerminkan perjalanan hidup sebenar yang membentuk watak dan peribadi aku.Tidak salah jika ia aku paparkan semula kerana bagi aku ia boleh dijadikan cermin kepada generasi berikutnya.Ambillah yang baik, yang jernih dan tinggalkan yang keruh !
Aku masih ingat .Di awal perjalananku,aku mengikut ayah berpindah ke Bacok .Kami menyewa sebuah rumah kampung yang terletak tidak jauh dari pasar yang ada sekarang..Rumah milik seorang nenek itu agak tinggi sedikit dan mempunyai tujuh anak tangga kayu. Aku sentiasa bermain dan berlari di bawah nya. Nanek itu pula baik dan penyayang !
Suatu hari aku berjaya menangkap seekor burung"Gembala Kerbau" yang kelihatan seakan-akan burung Tiong.Jikalau dinipiskan lidahnya,ia dipercayai boleh berkata-kataSayang sekali ,dua hari kemudian ia kaku tidak bernyawa lagi. Kata orang rumah itu "berpenunggu" !
Ayah ku ,sebagai seorang pegawai kerajaan turut bergiat dalam politik.Saban malam ia pulang lewat pada jam satu atau dua pagi .Ketika menghampiri rumah ia dapat merasai bulu tengkoknya meremang.Terasa seperti ada sesuatu yang mengekorinya di belakang! Beliau tidak terus naik kerumah sebaliknya mengelilingi nya beberapa kali sambil mengetuk-ngetuk dinding rumah. Bila ibu membuka pintu,barulah ia melompat naik kerumah. Itulah yang berlaku setiap malam.
Disuatu malam bulan mengambang ,Kami dikunjung seorang ahli keluarga dari Kota Bharu..Selepas makan malam,beliau bersembang dengan ayahku di bilik tamu.Ayah meminta ibuku menyediakan kopi. Ibu menarik tanganku untuk menemaninya ke bilik dapur sambil sebelah lagi tangannya membawa pelita.Sememangnya rumah itu tidak mempunyai bekalan elektrik .Aku mengikut sahaja!
Lantai ruang dapur rumah itu diperbuat dari batang nibung yang di-belah dua.Lantainya amat jarang sekali sehingga kami dapat melihat tanah di bawah rumah dengan jelas pada siang hari. Kami melangkah dengan berhati-hati.Tiba-tiba ,melalui celah-celah lantai itu kami melihat satu lembaga seakan -akan sekor kerbau berwarna puteh merangkak pantas. Ia amat besar dan menakutkan. Ibu berteriak kuat dan mengheret aku keluar dari bilik dapur! Ayah dan tamu turun kebawah rumah dengan lampu suluh.Lembaga itu sudah menghilang.
Sebulan kemuadian kami berpindah kesebuah rumah sewa baru yang teletak tidak jauh dari pantai.Laut kelihatan jelas dan deruan ombak dapat didengari setiap masa.Tempat itu sungguh nyaman! Aku gemar sekali berrmain menyusuri pantai.
Masih ku ingat . Di suatu petang aku dimarahai ayah dan menyuruh aku mandi di sebuah perigi yang terletak di belakang rumah.Aku tidak merasa sedih dan terus menyalin pakaian dengan berkain sarong sahaja.Hari sudah hampir gelap.Aku terus ke dapaur menuju kepintu belakang.Di saat itu timbul perasaan ingin bermain dan bergurau dengan kakak-kakakku!. Aku menghampiri dinding dan membongkok dalam keadaan sujud. Aku sedang melakukan "Hide and seek"rupanya....
Lima minit kemudian keluargaku kecoh.Ibu masuk keluar bilik mencari aku.Kakakku masuk kedapur dengan pelita menyuluh kesana kemari. Aku tidak dapat di temui Semuanya cemas! Aku nampak mereka.Aku hanya berdiam diri. Mereka sebenarnya tidak dapat melihat aku walaupun hampir menyentuh aku.Aku sebenarnya telah "disembunyikan " oleh mahkluk ghaib! Ibu menangis menyalahkan ayah. Aku dapat lihat ada yang keperigi menyuluh kedalam air yang berkocak kuat.Masa itu angin bertiup kencang kerana musim tenkujuh baru bermula .Sangkaan mereka ,aku mungkin telah terjatuh kedalam perigi.!
Keadaan begitu berlalu sudah setengah jam Kemudian Ayahku mendapatkan pertolongan seorang wanita tua, jiran disebelah rumah.Beliau masuk ke dapur dan terus menerpa serta memeluk aku. Aku..sudah tidak sedarkan diri lagi! Kejadian ini aneh,tapi itulah realitinya .Kadangkala kita lupa ,bahawa selain kita ,ada makhluk lain yang ikut menghuni bumi ini.
Aku bersyukur .....kerana melalui pengalaman sebegini ia telah membentuk diri dan pendirian aku terhadap tuhan.Allah amat pengasih dan amat penyanyang.Kini aku sentiasa dilindungiNya .Aku sudah bebas dan selalu mengharap tuhan melindungi dan menjauhkan aku dari mahkluk-mahkluk jahat .... di sepanjang masa, hingga keakhir hayatku!.
.. Hari ini masih ramai anak-anak kecil ""diculik" dan diperkosa .Ramai yang tidak dapat di temui.Mereka tidak bernasib baik seperti aku ......Aku telah diselamatkan tuhan. Dan kerana itu aku sentiasa berdoa dan bersyukur........... Itulah Aku!