Followers

Wednesday, September 2, 2009

Budak perempuan berbaju kuning

Tarikh: 28 hb.Ogos.2009
Hari: Jumaat
Masa: 9.30 pagi
Lokasi: Jalan Hulu Pasar,Kota Bharu,Kelantan



Subjek: Budak Perempuan Berbaju Kuning.

Dia baru berada dalam likungan usia sepuluh tahun,berbaju kuning dan bertudung hitam. Sambil duduk bersila kemas ,tugasnya pagi itu menjual isi buah nipah.

Raut wajah nya mencerminkan keperitan hidup,dan ia terpaksa menampung beban keluarga dengan mencari rezeki.

Ini lah wajah sebenar budak berbaju kuning yang diambil pada 4hb.Sept,2009


Dia tidak banyak bersuara ,mungkin terasa sedikit malu atau rendah diri namun kelincahan jari jemarinya yang halus dan lembut ternyata memukau pengunjung.Ia pantas mencedok isi nipah dan diisi kedalam kampit plastik.Jual beli pantas berlaku.

Budak perempuan berbaju kuning ini menyimpan seribu rahsia.Baju dan seluarnyanya kelihatan baru dan bersih,sebersih hatinya. Mungkin itu lah pemberian emaknya untuk memberinya semangat menjalankan tugas.

Namun disebalik wajah dan kulitnya yang sedikit gelap ia jelas menampakkan keperitan hidup yang terpaksa dilaluinya. Sekali sekali kelihatan ia memberikan senyuman pahitnya.

Ramai yang bersimpati dengannya dan membeli hasil jualannya tanpa banyak kerenah.

Budak perempuan berbaju kuning , dalam usianya yang masih muda melambangkan kegigihan wanita Kelantan mengikut tradisinya.


Komen:

Alangkah bertuahnya ibu memiliki anak yang sekecil ini dan sudah pun mempunyai komitmen yang tinggi terhadap keluarga.Dia begitu seronok menjalankan tugasnya dan ini adalah mencerminkan anak merdeka yang sebenarnya .Kebebasan yang dianutinya ada nilai ekonomi dan sentimental.

Kabanyakan anak-anak lain yang sebaya dan setaraf dengannya,terutama nya lelaki banyak menghabiskan masa di jalanraya beraksi dengan basikal BMXnya dan membanjiri jalan-jalan raya dilokasi tertentu menonton lagak Mat Rempit !

Sungguh malangnya negara, jika generasi muda begini dibiarkan menjalani hidupnya sedemekian rupa persis buih-buih yang mengisi kemerdekaan negara.Suatu hari ia hanyut dan hilang begitu sahaja tanpa makna.

Amat jauh bezanya dengan budak perempuan berbaju kuning !


Monday, August 31, 2009

Suatu malam yang dipenuhi buih-buih kemerdekaan

Semalam ,30hb Ogos, 2009 bersamaan 10 Ramadhan 1430 adalah Hari Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia yang ke 52.

Ia menandakan berakhirnya tahap pertama Ramadhan dalam mana Allah menurunkan rahmatNya dan esoknya bermulalah tahap kedua dimana keampunan diberikan kepada hamba-hambanya yang bertakwa.

Pada malam itu juga diadakan satu Forum Perdana Kemerdekaan bertempat di Dataran Stadium Sultan Mohd .ke IV,Kota Bharu bersama
Yb.Dato Haji Mohhd.Amar Nik Abdullah

(Ahli exco kerajaan Negeri Kelantan)

dan S.S.Dr Juanda Jaya

(Mufti Kerajaan Negeri Perlis)

Sebaik sahaja forum itu berakhir pada jam 11.30 malam , berlaku satu pertembungan gelombang manusia.

Gelombang pertama terdiri dari beribu-ribu orang ahli-ahli jemaah yang baru selesai menunaikan solat tarawikh,dan mengikuti forum berkenaan dan kemudiannya keluar untuk pulang ke rumah masing-masing .

Dan gelombang manusia yang kedua datang daripada masyarakat tempatan yang kabanyakannya terdiri dari muda mudi yang datang membanjiri kawasan sekitar stadium untuk menyambut Hari Ulangtahun Kemerdekaan negara, kononnya untuk menyaksikan pertunjukan bunga api (Yang sebenarnya tidak di adakan)

Akibatnya berlakulah kesesakan lalulintas dan yang paling meyedihkan melalui celah-celah kenderaan para jamaah yang hendak pulang,anak-anak muda tanpa mempedulikan kesecuian Ramadhan, berlumba dan menganggu orang ramai dengan pelbagai aksi ""Stunt".

Sungguh memalukan dan meyedihkan.

Suasana begitu tidak harus berlaku pada malam itu.

Tapi itulah hakikatnya makna kemerdekaan dan kebebasan yang dianuti yang cuba ditonjolkan oleh anak-anak muda kita.

Itu lah "buih-buih kemerdekaan" yang seolah-olah berada di permukaan laut,yang hanyut dan kemudiannya dipukul ombak.berpecah dan berderai.Akhirnya hilang tanpa sebarang makna.

Dengan kaki-kaki yang kuat kemanakah mereka hendak dibawa dan berada Dengan mata yang bersinar-sinar ,apakah yang mereka hendak tonton dan dengan sepasang telinga , apakah yang hendak mereka dengari !.

Gema azan,bacaan Al Quraan dan doa-doa yang berkumandang tidakrmemberi sebarang erti kepada mereka.

Ramadhan yang mulia tidak dihormati dan di pedulikan lagi !

Semoga anak-anak muda kita kembali ke pangkal jalan,dan baki ramadhan yang ada dimanfaatkan
demi memperolehi keampunan serta pembebasan dari api neraka.


Video yang dipaparkana dibawah ini cukup menghiris perasaan hati dan meyedarkan kita betapa perlunya mendapat keampunan.

Semoga ia membantu memberikan makna kepada penghayatan bulan yang mulia ini.