Semalam ,30hb Ogos, 2009 bersamaan 10 Ramadhan 1430 adalah Hari Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia yang ke 52.
Ia menandakan berakhirnya tahap pertama Ramadhan dalam mana Allah menurunkan rahmatNya dan esoknya bermulalah tahap kedua dimana keampunan diberikan kepada hamba-hambanya yang bertakwa.
Pada malam itu juga diadakan satu Forum Perdana Kemerdekaan bertempat di Dataran Stadium Sultan Mohd .ke IV,Kota Bharu bersama
Yb.Dato Haji Mohhd.Amar Nik Abdullah
(Ahli exco kerajaan Negeri Kelantan)
dan S.S.Dr Juanda Jaya
(Mufti Kerajaan Negeri Perlis)
Yb.Dato Haji Mohhd.Amar Nik Abdullah
(Ahli exco kerajaan Negeri Kelantan)
dan S.S.Dr Juanda Jaya
(Mufti Kerajaan Negeri Perlis)
Sebaik sahaja forum itu berakhir pada jam 11.30 malam , berlaku satu pertembungan gelombang manusia.
Gelombang pertama terdiri dari beribu-ribu orang ahli-ahli jemaah yang baru selesai menunaikan solat tarawikh,dan mengikuti forum berkenaan dan kemudiannya keluar untuk pulang ke rumah masing-masing .
Dan gelombang manusia yang kedua datang daripada masyarakat tempatan yang kabanyakannya terdiri dari muda mudi yang datang membanjiri kawasan sekitar stadium untuk menyambut Hari Ulangtahun Kemerdekaan negara, kononnya untuk menyaksikan pertunjukan bunga api (Yang sebenarnya tidak di adakan)
Akibatnya berlakulah kesesakan lalulintas dan yang paling meyedihkan melalui celah-celah kenderaan para jamaah yang hendak pulang,anak-anak muda tanpa mempedulikan kesecuian Ramadhan, berlumba dan menganggu orang ramai dengan pelbagai aksi ""Stunt".Sungguh memalukan dan meyedihkan.
Suasana begitu tidak harus berlaku pada malam itu.
Tapi itulah hakikatnya makna kemerdekaan dan kebebasan yang dianuti yang cuba ditonjolkan oleh anak-anak muda kita.
Itu lah "buih-buih kemerdekaan" yang seolah-olah berada di permukaan laut,yang hanyut dan kemudiannya dipukul ombak.berpecah dan berderai.Akhirnya hilang tanpa sebarang makna.
Dengan kaki-kaki yang kuat kemanakah mereka hendak dibawa dan berada Dengan mata yang bersinar-sinar ,apakah yang mereka hendak tonton dan dengan sepasang telinga , apakah yang hendak mereka dengari !.
Gema azan,bacaan Al Quraan dan doa-doa yang berkumandang tidakrmemberi sebarang erti kepada mereka.
Ramadhan yang mulia tidak dihormati dan di pedulikan lagi !
Semoga anak-anak muda kita kembali ke pangkal jalan,dan baki ramadhan yang ada dimanfaatkan demi memperolehi keampunan serta pembebasan dari api neraka.
Video yang dipaparkana dibawah ini cukup menghiris perasaan hati dan meyedarkan kita betapa perlunya mendapat keampunan.
Semoga ia membantu memberikan makna kepada penghayatan bulan yang mulia ini.
No comments:
Post a Comment