Semenjak kami berpindah ke rumah sendiri dua puluh tahun yang lalu,ia itu yang terletak di atas tanah yang hampir suku ekar luasnya,kami menanam apa sahaja jenis pokok buah-buahan.
Hasil sulung durian .Dapat dicapai dengan tangan
Setahun kemudian kami mula menikmati hasilnya apabila pokok-pokok pisang mengeluarkan buahnya diikuti oleh pokok pauh.
Sememangnya berbudi pada tanah banyak ganjarannya.Selain beroleh pahala , burung-burung dan ungas serta tupai tumpang menikmati hasilnya.

Buah yang hijau akan bertukar merah
Hari ini aku dapat melihat hasil tanaman pokok durian yang ditanam lebih kurang sepuluh tahun lalu mengeluarkan buah sulungnya.Walau pun buahnya tidak begitu banyak,tetapi ia amat mengembirakan .

Buah ciku
Aku tidak begitu selektif.Asalkan dapat apa sahaja benih pokok buah,aku tanam sahaja di sekeliling kawasan rumah.
Bermula dengan pokok pisang,kemudian kelapa,pauh,jambu,limau bali,ciku,manggis dokong dan yang terakhir ialah pokok salak.

Buah salak yang manis
Pisang,umpamanya tidak pernah putus-putus mengeluarkan buah.Aku gemar sekali menanam pisang kelat keling atau restali,kebatu,pisang emas dan pisang lemak manis. Kebanyakan hasilnya dikongsi bersama jiran,anak-anak dan sanak saudara.

Pisang emas tidak pernah putus hasil keluarannya
Masa yang terluang banyak aku habiskan di sekeliling rumah.Mencuci kawasan
dan memungut hasil buah-buahan apabila tiba masanya.
Pendek kata apabila kita berbudi pada tanah, hasilnya amat memuaskan.Bagi aku kegembiraan ialah apabila dapat menikmati hasil titik peluh sendiri.

Tahun ini ,hampir kesemua jenis pokok buah-buahan mengeluarkan buahnya serentak.Sebulan dua lagi boleh lah dipetik hasilnya.
Kita berbudi, Allah memberi rezeki .
Apapun,kesemunya adalah anugrah dari Nya.
Buah rambutan menghijau