Wajah kegembiraan ketika bertemu
Setiap kali apabila menyambut Aidilfitri (Setelah selesai berpuasa sebulan pada bulan Ramadhan) keluarga jauh dan dekat bersua muka ,bersalaman dan berbual mesra di tengah-tengah hilaian dan teriakan anak-anak kecil. Itulah saat yang paling mengembirakan,cukup nostalgik terutamanya apabila sanak saudara yang sudah begitu lama terpisah bertemu kembali.
ketawa dan hilaian mesra
Dalam dakapan mesra dan gengaman tangan yang erat airmata turut menitis,suka bercampur duka !
Yang begitu lama terpisah sehingga wajah dan tubuh tidak mudah dikenalpasti, pada ketika itulah persaan kekeluargaan terjalin semula.
Dakapan kasih dan sdayang
Amat ternyata di saat-menyambut Aidilfitri 2010,ada ketikanya perasaan kasih dan sayang dicurahkan tanpa segan silu.Dakapan erat mengembalikan kemesraan di masa silam.
Ada ketikanya khabar berita mengenai ahli-ahli keluarga saling bertukar pandangan dan yang paling teruja ialah apabila mengingati mereka yang telah lama pergi,kembali ke rahmatullah.Terasa benar kehilangan ibu dan ayah tersayang dari kedua-dua belah pihak baik suami mahu pun isteri.Sesekali terbayang saat mereka ada bersama , berbicara dan mengilai ketawa.
Kini hanya tinggal kenangan mengamit rasa.
Ada ketikanya ,terasa kita pun tidak lama lagi akan menyusuli mereka juga. Kini hanya dibezakan dengan batas-batas waktu yang semakin singkat.Mengingatkan ini selera makan kueh raya terhakis,hilai ketawa akan diselaputi rasa hiba dan kerap disusuli rasa sunyi bila mengingati mati.
Ada ketikanya disaat-saat begini,diri terasa berada begitu hampir dengan Allah .
Justeru itu, Kemeriahan Aidilfitri ternyata hanylah satu peralihan waktu !