Himpinan 10k di Padang Perdana |
20hb Mei,2011,Jumaat bersamaan 16hb Jamadil Akhir 1432, adalah hari yang bersejarah bagi puluhan ribu anak-anak muda Kelantan berhimpun dalam Majlis Himpunan 10k pemuda yang di adakan di Padang Perdana ,Kota Bharu.Majlis bermula dari seawal jam 3.00 petang dan tamat menjelang 1.00 pagi yang turut di hadiri oleh Dato Bentara Setia ,Tok Guru Dato Nik Abd.Aziz Nik Mat,Menteri Besar Kelanatan,Ahli-ahli Exco Negeri termasuk Yb Dato Husam Musa,Yb Abd Fatah Mahmood,Yb Ahmad Baihaki,Yb Abdul Latiff Abdul Rahman dan turut disertai oleh selebriti terkenal ,Sdr Bob Lokman.
Membaca dan khatam Quraan |
Kemuncak himpunan ini ialah apabila puluhan ribu anak-anak muda dengan disertai ibubapa turut sama menunaikan solat Maghrib,kemudian membaca dan khatam Quraan beramai-ramai di ikuti dengan sembahyang hajat dan bermunajat.Akhirnya mereka semua duduk bersimpuh mendengar ucapan dan saranan Yb Tok Guru.
Bayangkan masa depan negara jika puluhan ribu anak-anak muda ini,yang di disiplinkan dengan solat,zikir dan munajat membesar dan mewarisi pemerintahan dan pentadbiran negara. Suasananya berlainan sama sekali denga himpunan 1 juta belia yang diwarnai dengan gelak ketawa,nyanyian dan bercampur gaul antara lelaki dan perempuan.Apalagi ada yang hadir dengan pakaian yang kurang sopan.
Berzikir dan berdoa munajat |
Dimana-mana sahaja jelas terpancar harapan dan keyakinan anak-anak muda ini,bahawa negara akan lebih selamat dan makmur apabila tangan-tangan yang memerintah adalah mereka yang berjiwa agama,bertaqwa dan berpegang pada amalan jihad.
Ribuan anak-anak muda ini turut juga menurunkan tandatangan di kain putih yang direntang di sekeliling Padang Perdana untuk menyatakan sokongan terhadap tuntutan royalti minyak Kelantan.
Apakah Boleh keadaan atau suasana begini diwujudkan di tempat tempat lain.Dan berbaloikah jika pada sebelah siangnya manusia menipu,melakukan kezaliman dan fitnah manakala di sebelah malamnya sujud dan bermunajat kepada Allah.
Sesungguhnya,dalam Islam tidak ada amalan "Double Standard"
Pemudi yang ikut serta |
Tirulah gaya anak-anak muda yang berhimpun tadi.
assalamualaikum....
ReplyDeleteAlhamdulillah sejuk mata memandang,
mudah2an merekalah pewaris yg akan memimpin negara di masa hadapan, insyaAllah ..
Waalaikumusalam Ummi,
ReplyDeleteTerima kasih,semoga semangat dan cit2-cita mereka terus menyala dan membara sampai tertegaknya keadilan untuk rakyat!
Akan datang,himpunan akan diadakan di waktu menjelang subuh ketika musuh-musuh Islam sedang nyenyak tidur!