Followers

Friday, May 6, 2011

Dimana kan ku cari mufti.......


Mufti yang tegas dan berani
                                                            
       Sudah dua bulan lebih kisah video lucah telah tersebar sama ada di dalam media cetak mahupun di media siaran. Kini ia telah tertumpu pula  kepada acara "Sumpah Laknat" oleh Trio Dato "T"  

       Impaknya sungguh besar. Mentaliti dan pandangan orang ramai  terus  dicemari oleh kritikan,komen dan pendapat serta pandangan   yang melampau  tanpa mengira  etika penulisan apalagi hukum hakam dalam Islam.

       Konflik mental dan moral ini perlu penyelesaian segera.Ia perlu di hentikan tanpa mengambil kira benar atau tidaknya  skandal sedemekian.

       Sebenarnya dalam soal ini siapakah atau pihak manakah yang boleh membetulkan atau mententeramkan keadaan.Suara dan saranan   ulama, tok-tok guru ,ustaz-ustaz dan cerdik pandai sudah banyak diluahkan,namun keadaan nampaknya semakin  punah.

      Tinggal lagi mufti untuk bersuara !

      Tetapi di mana hendak dicari  muftinya. Dari selatan sampai ke utara dan dari Timor hingga ke Barat Semenanjung Malaysia, suara mufti  tidak kedengaran. Ramai yang  membisu  dan membiarkan rakyat membuat andaian dan keputusan sendiri.Walau pun ada seorang dua bersuara namun yang lain terus juga membisu!

        Di Indonesia,Pak Hamka lantang bersuara menegur pemerintah dan akibatnya beliau di penjara oleh rejim Sukarno.Begitu juga Hassan Al-Bana di Mesir.

        Seandainya jika semua mufti yang ada bersatu mengeluarkan kenyataan atau fatwa berhubung dengan video lucah itu,kekeliruan  serta kekalutan yang berpanjangan itu boleh diakhiri.

        Rakyat  tetap menghormati  mufti.
        Tetapi dimana hendak dicari muftinya .

        Apakah persoalan yang menghalang mereka?

        Apakah mufti tidak dibenarkan bersuara atau kerana kongkongan pihak eksekutif ?

        Atau kalau bersuara nanti akan hilang jawatan yang di sandang ?

        Apakah tugas menegur dan membetulkan "kekalutan" yang boleh menjejaskan akidah   
     ummat tidak diberi prioriti.

        Apakah mufti turut bersekongkol dengan kehendak-kehendak politik dan sanggup  
      mengorbankan kesucian agama Islam

      Atau mufti tidak begitu peka dengan hal-hal yang melibatkan sek.

      Tidak hairanlah mengapa kini  ramai manusia yang membelakangkan ulama dan ahli-ahli agama , malah mereka merasa teruja pula  dengan pendusta,golongan fasiq dan pencaci yang tidak bermoral!

       Ijok , di dalam bloknya "Kami sokong  Tokguru" menulis :

      " Mungkin zaman sekarang ini sudah mendekati keadaan yang telah digambarkan oleh Rasulullah saw. ini. Masyarakat sudah agak jauh dari para ulama. Mereka takut mendekati para ulama, kerana khuatir perbuatan mereka akan ditegur.

Manusia tidak segan lagi membuat maksiat walau pun di hadapan orang yang tinggi akhlaknya. Terkadang, sengaja perkara maksiat itu dibuat di hadapan para Ulama untuk menyatakan rasa ego dan sekaligus untuk menyinggung perasaan mereka.

Golongan ini juga pandai bercakap dan sering memutarbelitkan kenyataan. Percakapan mereka begitu halus dan memikat orang lain pada hal hati mereka adalah hati harimau yang bersedia untuk menerkam dan memangsa musuhnya."

         Jadi,kalau di sekolah gurulah yang mengajar,mendidik dan menegur para pelajarnya , diluar  sana muftilah yang pula memainkan  peranannya.
     
          Tetapi dimana hendak dicari mufti-mufti begini.

          Dengan    mengambil  lagu gubahan P Ramlee sebagai bandingan ,bolehlah kita  suarakan:

          " Dimana kan ku cari mufti....!"
    
    

1 comment:

  1. assalamualaikum ..

    jawapannya : hmmmm belum ditemui

    kadang2 ummi rasa muak dgn cerita2 fitnah depa nie,malas nk baca atau tengok berita ttg kes nie , bukannya adil pun ,siapalah kita antara mereka .
    yg pasti hanya dpt berdoa agar Allah tunjukkan siapa benar siapa yg dusta..
    bahagia hati nampak dlm blog ayahanda di Sik paparkan upacara solat hajat tempohari..

    ReplyDelete