Followers

Friday, April 15, 2011

Jika sudah tidak malu lagi

      
                         
                                                          
Sebulan lalu ,kita dikejutkan dengan peristiwa Tsunami yang melanda Jepun.Beribu-ribu rakyatnya terkorban dan  berbillion harta negara  dan rakyat musnah.

Malaysia juga dikejutkan oleh malapetaka yang  hampir serupa, iaitu Tsunami video lucah!

Saban hari rakyat dihidangkan dengan berita,cerita,gambar dan komen-komen mengenai video lucah sehingga ramai  yang hilang pertimbangan dan tidak dapat membezakan antara  yang benar dengan yang batil.

Apalagi jika  cerita dan adegan lucah yang dipaparkan  dimanipulasi dan dipenuhi kepalsuan!!.

 Jelas kepada umum,Malaysia yang serba boleh telah berjaya melahirkan produser,pengarah
pengiklan dan  promoter video lucah terhebat kerana pengamal undang-undang negara tidak "berani"mengambil tindakan segera yang sewajarnya ke atas mereka.

Natijahnya kita melihat media cetak mempromosikannya di halaman akhbar mereka,media siaran  menayangkannya kepada umum  secara terbuka.Malah sudah ada  dimuaturunkan ke dalam"You Tube".Seluruh dunia mula menyaksikan kehebatan karya jaguh-jaguh yang berlindung di sebalik title"Dato".

 Apa yang terjadi tidak lagi penting,yang pentingnya sekarang apa yang akan terjadi pada rakyat yang  sepatutnya diajar dengan nilai-nilai kamanusiaan,moral dan ketinggian peribadi. Apalagi nilai2 agama Islam yang  murni!

 Rata2 kita mulai melihat ramai yang sudah tidak tahu "MALU".Secara terbuka  dan terus terang bercakap mengenai adegan lucah.Di dalam kedai kopi,di pasaraya,di jalanan,di halaman-halaman sekolah (melibatkan murid- murid  sekolah),malah sampai ke dalam masjid !

  Sindrom "Tidak malu" ini telah mula merebak di seluruh negara.Pucuk pimpinan negara tidak pula membuka  mulut,melarang,menegur atau memujuk rakyat supaya tidak keterlaluan dengan menonton atau berbicara  mengenai video lucah. 
Jika bapa sudah tidak berani menegur anak-anak,itu pertanda si bapa telah kehilangan auranya sebagai bapa. Sungguhn meyedihkan !

  Jelas seperti kata SUARAM ; "Sexualised politicking is low,shamful and insult to dignity and humanity of all Malaysians !"



    Betapa tidak ada perasaan malu nya para pemimpin yang diberi tanggungjawab untuk mengharmonikan rakyat dan negara terutama terhadap keumpulan-kumpulan berikut ;

              Anak-anak serata remaja
              Parapelajar di sekolahn dan di universirti
              Ibu-ibu dan bapa-bapa yang sudah tua
              Tokoh-tokoh dan pemimpin agama
              Wanita-wanita yang  baik dan sopan
              Rakyat dari negara jiran tetangga yang hampir sama budaya hidupnya
              Masyarakat anatarabangsa yang sudah maju.

Jauh lebih  teruk dan dahsyatnya ialah apabila rasa "Tidak malu " ini berlaku di hadapan Tuhan.

Oleh itu tidak lah mustahil atau menghairankan jika tsunami turut  melanda negara di suatu hari nanti.Balanya  akan menimpa semua orang.

   Dan kalau ini berlaku,itu adalah  natijah atau akibat  sikap "Tidak malu" pemimpin negara terhadap rakyat dalam negaranya.

  Sesungguhnya Allah tidak lagi "Malu" untuk melakukan apa yang Dia berkuasa melakukannya !