Sebulan lalu ,kita dikejutkan dengan peristiwa Tsunami yang melanda Jepun.Beribu-ribu rakyatnya terkorban dan berbillion harta negara dan rakyat musnah.
Malaysia juga dikejutkan oleh malapetaka yang hampir serupa, iaitu Tsunami video lucah!
Malaysia juga dikejutkan oleh malapetaka yang hampir serupa, iaitu Tsunami video lucah!
Saban hari rakyat dihidangkan dengan berita,cerita,gambar dan komen-komen mengenai video lucah sehingga ramai yang hilang pertimbangan dan tidak dapat membezakan antara yang benar dengan yang batil.
Apalagi jika cerita dan adegan lucah yang dipaparkan dimanipulasi dan dipenuhi kepalsuan!!.
Jelas kepada umum,Malaysia yang serba boleh telah berjaya melahirkan produser,pengarah
pengiklan dan promoter video lucah terhebat kerana pengamal undang-undang negara tidak "berani"mengambil tindakan segera yang sewajarnya ke atas mereka.
Natijahnya kita melihat media cetak mempromosikannya di halaman akhbar mereka,media siaran menayangkannya kepada umum secara terbuka.Malah sudah ada dimuaturunkan ke dalam"You Tube".Seluruh dunia mula menyaksikan kehebatan karya jaguh-jaguh yang berlindung di sebalik title"Dato".
Apa yang terjadi tidak lagi penting,yang pentingnya sekarang apa yang akan terjadi pada rakyat yang sepatutnya diajar dengan nilai-nilai kamanusiaan,moral dan ketinggian peribadi. Apalagi nilai2 agama Islam yang murni!
Rata2 kita mulai melihat ramai yang sudah tidak tahu "MALU".Secara terbuka dan terus terang bercakap mengenai adegan lucah.Di dalam kedai kopi,di pasaraya,di jalanan,di halaman-halaman sekolah (melibatkan murid- murid sekolah),malah sampai ke dalam masjid !
Sindrom "Tidak malu" ini telah mula merebak di seluruh negara.Pucuk pimpinan negara tidak pula membuka mulut,melarang,menegur atau memujuk rakyat supaya tidak keterlaluan dengan menonton atau berbicara mengenai video lucah.
Jika bapa sudah tidak berani menegur anak-anak,itu pertanda si bapa telah kehilangan auranya sebagai bapa. Sungguhn meyedihkan !
Jelas seperti kata SUARAM ; "Sexualised politicking is low,shamful and insult to dignity and humanity of all Malaysians !"
Jelas seperti kata SUARAM ; "Sexualised politicking is low,shamful and insult to dignity and humanity of all Malaysians !"