Followers

Saturday, April 25, 2009

Bahasa Budu lagi !

"Tak kenal maka tak cinta"

Ini sudah selalu kita dengar,tapi malangnya ramai orang di kalangan kita tidak tahu bahawa bila ia merujuk kepada "Bahasa",kita seringkali sengaja atau tidak mahu mengenalinya walaupun sesuatu yang diperkatakan itu ada nilai budayanya,nilai estetik dan kaya dengan nilai-nilai sentimentalnya.

Itu lah yang berlaku pada Bahasa Budu, jolokan secara sinis agaknya kepada Bahasa Kelate (Kelantan),yang satu dari pada ciri keistemewaannya adalah, ia "simple" dan tepat penggunaan atau rujukan melalui nya.Jelasnya ia memenuhi kriteria
"Simplicity is beauty"

Pelayar laman web,boleh melihat dan menyelami bahasa ini (sebagai contohnya)melalui blog bertajuk Hobi dan Kehidupan di alamat
http://mrsnorhobi/blogspot .com/

Hari ini teknologi mengubah segala-galanya dengan pentas,namun bahasa masih dapat bersaing malah bersama dalam membina fikiran serta hati manusia.
Ini ada, pada Bahasa Budu.

Penggunaannya dalam masyarakat masa kini sudah meluas dan sudah menjadi normal.Kita dengar dimana-mana orang (bukan dari Kelantan) menyebut "Guana", "Kecek apa","kelih apa"',"Ghoyat", nak getek" dan banyak lagi.Tak mampu saya nak turunkan semuanya.

Baru-baru ini sebuah filem diberikan judul "Budak Kelantan"di tayangkan kepada umun.Dialek dan Bahasa yang mudah dan bersahaja.Memang efektif.Kecuali penonton tidak mahu atau gagal memahaminya.

"Ogre lawa"
Mari kita berkongsi pengalaman untuk memahami kata-kata di atas.Di Kelantan dalam tahun-tahun 50'han dulu,bila sahaja menyebut "Ogre lawa" (Orang yang lawa)ia banyak merujuk kepada gadis-gadis dan wanita yang berada di Daerah Pasir Mas,khusus nya di Seberang Pasir Mas dan di Salor.
Ramai orang mencari pasangan dengan menjenguk ke kawasan ini.(Kalau tidak silap saya,peserta ratu cantik "Miss World"di suatu masa dulu yang mewakili negara datangnya dari Pasir Mas )


Kini Ogre Lawa" ini ada di-mana-mana.
Dari Kota Bharu ke Gua Musang,ke Kg.Legih di Ayer Lanas , sampai ke Bachok,Tumpat dan Pasir Puteh.Semuanya tidak asing lagi.



Friday, April 24, 2009

Di antara bahasa Janggal dan bahasa Budu

Perjalanan saya masih jauh, dan sebelum ke Tumpat dan seterusnya ke sebuah pekan di dalam Daerah Bachok, kita berehat dahulu sambil bertukar-tukar pandangan. Insyallah jika diizinkan !


Bahasa mempunyai banyak pengertiannya.Umumnya bahasa boleh kita fahami sebagai sistem vokal (sebutan) dalam mana manusia bekomunikasi antara satu sama lain.
Di dalam negara kita, Bahasa Melayu telah berkembang pesat dan menjadi semakin komplek , bergerak maju sesudah menempuh sejarahnya yang tersendiri. Namun di sebalik semuanya ini,bahasa kita (dalam situasi yang tertentu) menjadi semakin janggal.

Penggunaannya ,mengikut selera bibir.Betul salah,sumbang atau tidak dan kesanya destruktif atau tidak tidah dihiraukan sangat.Yang penting orang terus menonton tv, mendengar dan membaca surat khabar atau majalah.Pulangan atau untunganya banyak, jadilah !

Ada beberapa contoh untuk kita kongsi bersama.
.
1. Baru-baru ini saya menerima berita melalui telefon dari seorang kenalan,katanya;

"Esok saya dijemput oleh pihak sekolah untuk menghadiri Majlis Graduasi anak bongsu saya yang baru lulus peperiksaan"
"Graduasi ? beliau belajar kat mana dan jurusan apa? "saya selamba bertanya.
"Tak la, ..ni baru lepas SPM aje !"
" Graduate lah tu ?"
" Emmm gitulah...la ni "

Setahu saya, "Graduasi"digunapakai dalam upacara menyampaikan ijazah kepada pelajar-pelajar universiti yang telah berjaya menamatkan pengajian mereka di dalam bidang masing-masing.Saya kira esok, di sekolah rendah pun akan digunakkan "Majlis Graduasi" bagi murid-murid yang telah lulus Ujian UPSR. Entahlah, Malaysia boleh!

2. Seorang pelajar matematik bertanya gurunya.Seorang lelaki.
"Cikgu, macam mana nak sebut duapuluh tolak lapan ? "','"Twenty push eight , gitu kah?"sambungnya lagi
" No, minus la!" seorang rakannya mencelah.
" Salah..subtract lah!"yang seorang lagi menjawab..
"Kamu hentam sahajalah asalkan orang lain faham.."cikgu pula yang menjawab.

Suatu pagi , pelajar yang sama menemui dan memberi salam kepada guru tadi.Katanya;
"Asalamualaikum cikgu...Good morning teacher!"
"Morning! "Cikgu tersenyum,bangga pelajarnya dah fasih berbahasa Inggeris !

3. Seorang guru memetik dan menggunakan ucapan terkenal di Rom, "Romans,friends..lend me your ears.....!"Do you understand the words?"
" Entah !"jawab seorang pelajar perempuan.
" I mean , lend me your ears..!"sambung guru itu lagi.
Sambil membeliakkan matanya pelajar perempuan itu tadi berkata ;
"I beg your pardon... sir ?"
"Ala..tak usah beging...beging lah,minta sedekah pula !" Marah seorang pelajar lelaki yang duduk di sebelahnya.

Masih saya ingat,satu hari ketika bertugas di Alor Setar,saya ke kedai runcit milik seorang mamak di Lorong Seri untuk membeli sedikit barang-barang keperluan.Pada masa yang sama seorang lelaki Melayu masuk dan dengan suara lantang berkata;

"Ooi,Mamak! Kasi aku roti satu kati..." Saya berfikir di sini roti dijual dengan menggunakan timbangan agaknya..

Mamak itu mengangkat sebuah tin yang besar dan mengeluarkan isi nya untuk ditimbang. Rupanya roti yang di maksukan itu adalah biskut tawar !

Begitu juga, suatu hari saya membawa anak perempuan ke sebuah pasar di Pekan Jelawat,dekat Bacok.Semasa menunggu di dalam kereta,seorang perempuan muda lalu berhampiran ,dan bersuara dengan nyaring bila disapa oleh seorang rakannya ";

"Tak leh jugak (juga) beli budu ari ni ,ambo lupe (lupa)bawe (bawa) jebor"
" Isshhh.....oghe (orang) tu kecek (cakap)kotor la abah...! "Anak perempuan saya komplen.
" Dak la, (tidak lah)tu bahasa budu (kelate) ,bahasa Kelate tulen. Jebol tu maknanya " botol "Oghe putih sebut "Bottle" Saya beri penjelasan.

Anak saya tersipu-sipu. Malu, tapi megah bila memahami Bahasa Budu!