Sudah dua hari aku tidak keluar rumah.Turun ke tanah pun tidak. Apalagi hendak pergi mengerjakan solat di Masjid.
Semua ini gara-gara kakiku.Entah macam mana ia menjadi merah,berdenyut-denyut dan bengkak di bahagian atas kekura kaki.Sakitnya tidak terperi bila aku cuba berjalan.Mula-mula terenjut-enjut,lepas tu tidak tahan lagi hendak bergerak jauh.
Aku yakin itulah serangan "Ghout"yang banyak berlaku ke atas kaum lelaki!
Aku cuba mengagak puncanya.Sehari dua sebelum itu aku menghadiri satu majlis pertunangan, kemudian majlis perkahwinan dan akhir sekali aku diundang oleh seorang rakan jemaah menghadiri kenduri berhampiran rumahku.Aku tidak mengambil nasi ,sebaliknya mengambil laksa dengan ulam serta kuah lemaknya. Itulah puncanya.Ulam nya mengandungi kacang panjang yang dipotong kecil-kecilan,
Aku memang alahan dengan kacang panjang,walaupun sedikit ia tetap mengundang padah buat kakiku.
Walau bagaimana pun aku tetap bersyukur, Allah mengenakan ujian kepada kakiku.Ia tidaklah seteruk mana berbanding dengan orang yang kena potong kaki,yang putus kaki , yang hilang kaki dan yang tempang kakinya.