Sudah dua hari aku tidak keluar rumah.Turun ke tanah pun tidak. Apalagi hendak pergi mengerjakan solat di Masjid.
Semua ini gara-gara kakiku.Entah macam mana ia menjadi merah,berdenyut-denyut dan bengkak di bahagian atas kekura kaki.Sakitnya tidak terperi bila aku cuba berjalan.Mula-mula terenjut-enjut,lepas tu tidak tahan lagi hendak bergerak jauh.
Aku yakin itulah serangan "Ghout"yang banyak berlaku ke atas kaum lelaki!
Aku cuba mengagak puncanya.Sehari dua sebelum itu aku menghadiri satu majlis pertunangan, kemudian majlis perkahwinan dan akhir sekali aku diundang oleh seorang rakan jemaah menghadiri kenduri berhampiran rumahku.Aku tidak mengambil nasi ,sebaliknya mengambil laksa dengan ulam serta kuah lemaknya. Itulah puncanya.Ulam nya mengandungi kacang panjang yang dipotong kecil-kecilan,
Aku memang alahan dengan kacang panjang,walaupun sedikit ia tetap mengundang padah buat kakiku.
Walau bagaimana pun aku tetap bersyukur, Allah mengenakan ujian kepada kakiku.Ia tidaklah seteruk mana berbanding dengan orang yang kena potong kaki,yang putus kaki , yang hilang kaki dan yang tempang kakinya.

Apa lagi kakiku yang Allah anugrahkan tidak membawa aku kepada menjadi manusia kaki rasuah, kaki arak, kaki mengampu,kaki perempuan ,kaki pukul dan berbagai-bagai lagi jenis kaki yang membawa kemudaratan kepada orang lain.
Masih aku ingat , (semasa dibangku sekolah dulu) aku sanggup berjalan kaki sejauh empat kilometer semata-mata hendak menonton tayangan filem percuma di perkarangan sebuah rumah seorang kerabat diraja. Pernah juga aku berjalan menyusuri jalan utama sejauh 3.5 kilometer kerana hendak mengutip buah kemunting yang ranum di sebuah kampung tidak jauh dari pekan Jelawat, di Daerah Bachok.
Suatu ketika aku mengiringi sekumpulan 12 orang budak-budak pengakap berjalan kaki sejauh lebih sepuluh kilometer dari pekan Jeli menuju Lubuk Bongor . Kami mendaki dan menurun anak-anak bukit serta meredah jeram dan akhirnya terpaksa bermalam ditengah jalan.Esoknya kami meyusuri sungai Pergau dengan rakit selama empat hari empat malam ke kota Bharu.
Kemuncak pergerakan kakiku ialah ketika berada di Tanah Suci Makkah Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah.
Allah memberi kekuatan rohani dan jasmani. Kakiku bergerak melangkah keliling Kaabah,malah 7 atau 8 kali melgelilinginya di tingkat satu, Masjidi Haram yang kalau dikira jaraknya begitu jauh hampir seluas sebuah stadium bola sepak untuk satu pusingan.
Kekuatan dan ketangkasan kaki aku terserlah lagi di Mina.Aku terpaksa berjalan sejauh 3,5 kilometer dari khemah penginapan untuk sampai ketempat melontar di ketiga-tiga jamrah ..
Kekuatan dan stamina itu semuanya datang dari Allah !
Amatlah menyedihkan bila ramai orang yang sebaya denganku sanggup mengembara,meredah hutan,mendaki gunung dan piramid,dan ada yang meneroka Tembok Besar China semata-mata untuk melancong namun tidak tergerak hati untuk mendaratkan kaki mereka di Tanah Suci.
Di sekeliling rumah,ramai yang tidak mahu berjalan ke masjid,menghadiri majlis-majlis ilmu dan mengikuti forum agama.Masjid dipinggirkan,pusat-pusat hiburan dipuja.Sayang sekali kaki digunakan untuk tujuan-tujuan jahat,mencuri,merompak,meculik wanita dan kanak-kanak.
Natijahnya,ada manusia yang bangga memperolehi kedudukan dan gelaran,namun disebalik gelaran itu terserlah keperibadian sebenar sebagai kaki judi,kaki rasuah,kaki pengampu, kaki perompak harta rakyat dan negara.Yang lebih dashatnya menjadi kaki "Munafik".
Sesungguhnya Allah menganugrahkan kaki dan keupayaan umtuk kita bergerak demi memperhambakan diri kepadaNya,beribadah dan bertaqwa sepanjang masa.
Aku bersyukur kerana kakiku turut mengerakkan aku mengikut laluan manusia solehah,mencari keredhaanNya,dan mengharapkan rahmat serta belas kasihanNya, semoga hidupku diberkati , diberi pengampunan serta dijauhkan dari siksa api neraka.
Hakikatnya ,hari ini masih ramai orang yang terpedaya kerana kekuatan dan kelincahan kakinya !
Sebuah artikel yang baik menyentuh diri yg berdepan keuzuran, masih bersyukur dan bermuhasabah. Ya banyak manusia suka berjalan jauh namun tidak /belum mahu menunaikan Rukan Islam ke 5 itu. Kita doakan semoga Allah Taala mendorong mereka buat haj dan umrah.
ReplyDeleteAlahan sakit gout adalah makan udang, ketam dan sotong. Kata orang ubat utamanya 'Berantanglah'...Kalau mahu ubat telan, sila dapat di rumah ana. Insya Allah.
Salam Dariana,
ReplyDeleteInsyallah,jika "Gout"menyerang lagi ,ana akan cuba dapatkan "penawarnya" dari anta.
Terima kasih.